Sunday, March 30, 2014

Ahad Malam Isnin

Assalam.

1. Bersyukur keHadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya saya dapat mencoretkan beberapa coretan ringkas mengenai perkara-perkara yang signifikan berlaku dalam kehidupan saya sekeluarga. Pada hari Jumaat, anak-anak saya iaitu Muhammad Na'im dan Muhammad Fahmi telah berjaya menjalani sesi temuduga bagi pinjaman pendidikan Negeri Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Shah Alam. Semoga permohonan dan sesi temuduga itu berjaya dan berjaya mendapat pinjaman pendidikan tersebut. Kelebihan penjaman pendidikan tersebut ialah peminjam tidakdibebankan dengan riba. Sebanyak mana yang dipinjam sebanyak itu juga dipulangkan dengan jumlah ansuran yang tertentu. Tidak seperti pinjaman pendidikan PTPTN. Setiap peminjam dikenakan yuran perkhidmatan dengan kadar yang tertentu (saya tidak pasti berapa kadar tersebut). Saya sangat berharap agar Kerajaan Negeri Selangor dapat menambah bilangan penerima pinjaman pendidikan tersebut daripada 1000 orang setahun kepada 2500 orang setahun. Jumlah pelajar yang mendapat pinjaman ini perlu ditambah supaya mereka tidak terlibat dengan sistem pinjaman pendidikan yang membebankan dikemudian hari. ini bermakna jumlah penerima bagi setiap kumpulan ialah 1250 orang. Pihak SUK melalui Baahagian Pengurusan Sumber Manusia di Bawah Cawangan Pinjaman Pendidikan memberi bantuan pinjaman sebanyak dua kali setahun. Di mana setiap pemohon perlu mengisi borang secara dalam talian dan diproses secara dalam talian juga. Pemohon yang berjaya akan dipanggil temuduga. Pemohon yang berjaya dipanggil temuduga dinilai berdasarkan tiga kriteria utama iaitu pencapaian akademi, pendapatan keluarga dan temuduga. Selepas sesi temuduga barulah diumumkan siapa yang berjaya dan siapa yang tidak berjaya. Proses temuduga bukan sahaja berjalan di Shah Alam tetapi juga di kampus-kampus lain yang jauh dari Shah Alam seperti di Universiti Sains Malaysia (USM), PulauPinang.

2. Muhammad Fahmi yang balik untuk menghadiri sesi temuduga telah bergerak semula ke Kota Bharu pada pagi hari Sabtu (29 Mac 2014) pada jam 8.00 pagi dengan menaiki bas express Mahligai di Hentian Klang Sentral, Jalan Meru. Klang. Minggu depan dia akan balik bercuti sempenan cuti pertengahan semester.

3. Pada hari Ahad, Siti Nadiah pula menamatkan cuti antara tahun pengajian. Siti Nadiah telah berjaya menyambung pengajian dalam tahun tiga jurusan perubatan di RCMP, Ipoh. Perak. Saya telah menghantar Nadiah ke Tol Shah Alam baagi menunggu rakannya dari Puchong. Dia akan menumpang kawannya bernama Ain untuk bergerak ke Ipoh. Masa yang dijanjikan ialah pukul 9.30 pagi. Saya memberhentikan kereta di Stesen Minyak Petronas yang terletak betul-betul selepas Tol Shah Alam. Pesan saya kepada Nadiah, sentiasa bersikap positif yang kita pandai dan Allah telah menggerakkan kita untuk berada dalam kelompok orang-orang yang pandai. Cuma dalam kelompok orang-orang yang pandai terlihat beberapa orang yang dianggap kurang pandai. Apabila kita terasa diri kita kurang pandai dan jika dibiarkan perasaan itu, perasaan itu akan meembawa kepada perasaan rendah diri dan akhirnya akan memberi kesan negatif kepada kita. Oleh itu, saya berpesan kepada Nadiah, letakkan sasaran untuk mencapai kedudukan orang yang berada dalam lingkungan 50 pelajar terbaik dalam peperiksaan akhir setiap tahun. Insya Allah Siti Nadiah berjaya dengan izin Allah. Amin.

4. Secara umumnya, kesemua anak-anak sayang berada di rumah pada hujung  minggu ini cuma masa tidak menemukan mereka semua. Saya bercadang untuk belanja anak-anak saya makan malam di Restoran Chan Abdullah tapi tidak berjaya kerana perancangan saya tidak sama dengan perancangan anak-anak. Saya akan cuba di waktu yang lain. Apabila anak-anak meningkat dewasa, masa untuk bersama anak-anak secara serentak selalunya perlu dirancang dengan teliti jika tidak ianya sukar untuk dilaksanakan. 

No comments: