Friday, March 21, 2014

Doa Ibu Bapa

As salam semua.

Alhamdulillah saya ucapkan keHadrat Allah s.w.t kerana melimpahkan taufik dan hidayahNya ke atas diri saya, isteri dan anak-anak saya. Ucapan syukur juga saya panjatkan kepada Allah s.w.t kerana dengan izinNya, anak perempuan saya Siti Nadiah telah lulus peperiksaan akhir tahun dua jurusan perubatan di RCMP Ipoh, Perak. Sebagai bapa, saya sentiasa mendoakan anak perempuan saya itu lulus dalam semua peperiksaan yang akan dilalui dalam hidupnya dengan keputusan yang CEMERLANG. Yakin bahawa Allah s.w.t sentiasa bersama dengan orang-orang yang yakin bahawa semua yang berlaku adalah dengan izinNYA. Siti Nadiah telah selamat sampai ke rumah pada pukul 4.15 petang tarikh 21 Mac 2014.

Pada tarikh yang sama 21 Mac 2014 tetapi pada jam 10.00 malam, Muhammad Fuad meluangkan masa untuk beristirehat di Jakarta, Indonesia untuk tempoh 2 hari. Semoga perjalanan Muhammad Fuad berjalan dengan lancar dan tenang. Saya sentiasa mendoakan anak-anak saya selamat di dunia dan di akhirat. Muhammad Fuad merupakan anak saya yang mempunyai cita-cita yang tinggi dan saya berharap dia berjaya mencapai cita-cita yang dihajatkan. Kepada Muhammad Fuad, hidup ini sentiasa penuh dengan cabaran dan dugaan. Untuk mencapai kejayaan kita perlu bersangka baik dengan diri kita dahulu sebelum bersangka baik dengan diri orang lain. Doakan yang terbaik untuk diri kita dan doakan juga yang terbaik untuk diri orang lain. Abah dan Ummi sentiasa mendoakan Muhammad Fuad berada dalam lindungan Allah s.w.t dan jangan lupa solat dan membaca Al-Quran.

Muhammad Mu'adz baru sahaja menerima surat pengesahan jawatan daripada Cerdik Publication. Tarikh berkuatkuasa pengesahan itu ialah mulai 1 Mac 2014. Alhamdulillah, syukur ke hadraat Allah s.w.t kerana dengan IzinNya Muhammad Mu'adz telah disahkan dalam jawatan selepas tamat tempoh percubaan selama tiga bulan. Saya dan Isteri sentiasa mendoakan agar Muhammad Mu'adz sentiasa dilindungi Allah s.w.t dan diberi peluang mendapat kerja yang bersesuaian dengan diri. Di samping itu, saya dan isteri sentiasa berdoa agar Muhammad Mu'adz dijodohkan dengan pasangan yang baik dan menghormati orang-orang yang lebih dewasa. Ya Allah, kurniakan kepada Muhammad Mu'adz jodoh atau pasangan hidup yang baik, berpendidikan agama, menghormati orang-orang yang lebih dewasa dan mampu menjadi diri dan keluarga. Amin.



Alhamdulillah, imej di atas dirakamkan semasa saya dan isteri diIzinkan Allah s.w.t. untuk sampai ke Madinah dan Mekah untuk menunaikan umrah bersama ibu mertua, bapa mertua dan adik ipar lelaki pada bulan Mei 2013 yang lalu. Saya sentiasa berdoa agar saya dan isteri diberi peluang lagi untuk sampai ke sana samada ada bagi menunaikan umrah atau mengerjakan haji. Insya Allah. Semoga doa saya diperkenankan oleh Allah.s.w.t.

Pada coretan kali ini, saya tidak mencoretkan sebarang coretan mengenai dua orang anak saya lagi. Saya berharap dapat mencoretkan cerita mereka berdua pada masa akan datang. Insya Allah.



No comments: