Sunday, March 16, 2014

SabRaz

As salam semua.

Alhamdulillah semua, suasana kering dan hampir kemarau sudah mula berubah dengan turunnya hujan sesekali di sekitar negeri Selangor. Namun begitu, suasana kering dan kesan terbakar di kawasan-kawasan tertentu masih kelihatan. Alhamdulillah, Allah s.w.t telah memperkenankan doa-doa orang yang berdoa. Dalam ramai-ramai orang yang berdoa itu, ada orang yang ikhlas berdoa bukan untuk dirinya sahaja tetapi doanya juga untuk orang lain. Semoga doa orang-orang yang berdoa dengan ikhlas itu dimakbulkan dan diberkati.

Di samping sibuk dengan isu air dan suasana kering dan panas di beberapa buah negeri di Malaysia, Allah telah menguji kepimpinan negara dengan isu kehilangan pesawat MH 370 yang terbang dari Kuala Lumpur ke Beijing, China. Walaupun tempoh kehilangannya sudah melepasi tempoh seminggu dan berbagai teori mengenai kehilangannya telah diperkatakan namun terdapat beberapa orang rakyat Malaysia yang cetek pandangan hidup telah mengaitakan isu kehilangan pesawat MAS itu dengan juruterbangnya. Bayangkan, perrasaan orang yang menjadi ahli keluarga juruterbang yang menerbaangkan pesawat MAS tersebut. Jangan membuka mulut atau meringankan tangan menaip sesuatu di skrin komputer, jika hanya tindakan itu tidak mempunyai asaskan kuat tetapi lebih kepada hanya main-main untuk membuat spekulasi.

Allah telah mengurniakan akal fikiran kepada makhluknya yang bernama manusia. Dalam diri manusia ada kompenan Akal, Rohani, Jasmani dan Emosi. Garapkan keempat-empat elemen tersebut dalam cara kita bertindak dan berfikir. Semoga tulisan ini dapat menegur mereka yang suka-suka bertindak dan berkelakuan hanya semata-mata ingin mencari publisiti.

Semua orang berdoa, doakan yang terbaik untuk semua orang. Jangan ada sekelumit di hati kita mendoakan sesuatu yang buruk untuk orang lain. Kita mungkin tidak bersependapat tetapi kita menghadap kiblat yang satu dan Allah yang Esa. Kita mungkin berlainan agama dan fahaman hidup tetapi kita hidu di bumi yang satu dan menikmati udara yang sama, maka jadikan bumi ini tempat yang indah untuk didiami. Jangan hanyaa kita berlainan agama, bangsa dan adat resam maka kita boleh berselisih faham dan merosakan keamanan yang kita nikmati. Pandanglah generasi akan dataang, sediakan mereka dengan dunia yang aman dan harmoni.

Amin

No comments: