Thursday, March 25, 2010

Terima kasih cikgu

alhamdulillah,

dalam usia yang menjangkau separuh abad, pengorbanan cikgu-cikgu yang mengajar dulu tetap dalam kenangan. satu pesan cikgu sewaktu berada di bangku sekolah rendah yang masih diingati sekarang ialah jangan lupa tegur cikgu kalau jumpa cikgu nanti sebab cikgu tak akan tegur kamu. pada masa itu cikgu dah tak ingat kamu lagi.

yang muda belajar mengenai kehidupan dari orang yang lebih dewasa. orang yang lebih dewasa perlu memberi ruang dan masa yntuk menegur dan menunjuk ajar orang muda.

pagi tadi semasa mengajar kursus soc 128, diperhatikan siswa-siswinya tak berminat dan seolaah-olah seperti pelajar sekolah rendah yang baru masuk kelas pada pagi hari dan sedang menunggu arahan daripada guru. apa yang diterangkan dalam minggu-minggu yang lalu tidak dapat diingati dan boleh kata belum belajar lagi. mereka seolah-olah seronok datang kuliah dan hanya seronok sebab dapat berkumpul dan berjumpa dengan kawan-kawan.

sebagai pensyarah, siswa dan siswi selalu diingatkan supaya menjadi pelajar yang baik. masalahnya mereka tidak tahu meninterpretasikan perkataan baik itu. mereka seolah-olah merujuk perkataan baik itu kepada tingkahlaku sahaja. walaupun perkataan itu harus diterjemahkan mengikut peringkat umur dan tahap pendidikan mereka.

bagi pelajar uitm, perkataan baik itu merujuk kepada perlakuan, ssikap, komitmen dalam bilik kuliah, bersedia untuk menghadiri kuliah, bersedia menerima pengajaran pensyarah dan lain-lain lagi. kepada seorang pelajar yang duduk di depan, disampaikan cerita iaitu guru-guru sanggup bersusah payah untuk menyediakan bahan pengajaran tetapi pelajar yang menerima pengajaran ambil sikap tak kisah sahaja dan yang sedihnya tidak menghargainya. disampaikan cerita bahawa kepuasan seseorang guru ialah apabila pelajarnya mendapat markah yang tinggi dalam sebarang kuiz, ujian atau tugasan. malangnya pelajar-pelajar yang datang ke uitm seolah-olah membuka sikap dan langkah yang sama semasa mereka belajar di sekolah menengah dahulu. mereka tak sedar bahawa kemasukan mereka ke uitm adalah pengambilan sesi disember. ramai pensyarah kata pelajar-pelajar sesi disember mempunyai pencapaian yang sederhana dan rendah.

sepatutnya, mereka membuktikan kepada ibu bapa mereka bahawa mereka telah berubah dan akan terus berubah ke arah masa depan yang lebih gemilang, cemerlang dan terbilang. walaupun ungkapan ini dah lama tidak diulang.

kepada anak-anak, pelajar-pelajar, siswa dan siswi, tunjukkan komitmen anda dalam semua bidang yang anda lakukaan. ceriakan hati ibi bapa dan guru. mereka tidak minta wang ringgit untuk gembirakan hati mereka. mereka hanya mahukan anda mencapai kejayaan dan menggarap kemerdekaan apabila anda dewasa nanti.

Ibu,
Ayah,
Guru-guru

Ku dengar suaramu di malam yang dingin ini,
ku mohon ampun dan ku izin agar jika aku berjaya nanti kau doakan semoga kalian dalam kenanganku

Aku gembira
Di kala ini, aku telah mencapai kecemerlangan dan kejayaan dalam hidup

Tetapi aku seperti kalian, sentiasa berada dalam keadaan kerisauan sebab aku juga mempunyai zuriat seperti kalian.

Setiap detik hati seorang ibu, ayah dan guru sentiasa berfikir tentang gerak tari laku anak-anak didik mereka. baikkah, elokkah, ceriakah, pandaikah, bersopakkah, dan kah-kah yang lain.

Kini aku pasrah dan berdoa kepada Tuhan
selamatkan anak-anak ku kerena akau sudah tidak mampu mengawalnya sepanjang masa. kini duduk , tidur, manja anak-anak sudah tidak boleh disukat dan di ukur. semuanya terpulang kepada mereka.

Masa kcil kita melatih mereka dan di rumah adalah pusat latihan. tetapi kini mereka telah dewasa, gelanggang kehidupan yang lebih luas telah tersedia untuk mereka. semoga latihan yang diberikan menjadi ingatan dan panduan kepada mereka.

anak-anak, sayangilah ibu dan bapa anda. buka sebab mereka melahirkan anda dan menjaga anda semasa kecil tetapi sayangilah mereka kerana itu amanah Allah yang perlu anda tunaikan semasa hayat mereka masih ada.

Monday, March 22, 2010

sESI BERGAMBAR RAYA 2009






Musim panas

Alhamdulillah, hari ini kita masih dapat berbicara, menulis, bersenda gurau, berbual dan mengadakan berbagai aktiviti. Ada juga saudara seagama kita yang tidak dapat berbuat apa yang telah kita laku sejak dari bagun tidur pada pagi tadi. sebab mereka semua telah kembali menemui illahi.

Berita yang diterima pagi ini, ada jiran yang telah meninggal dunia sebab macam-macam sakit yang ditanggungnya. manakala pro canselor uitm Dato Amar Sulaiman Daud juga meninggal pada pagi tadi, menurut email yang di postkan oleh AR Akademik UiTM Kelantan En. Imran.

Tetapi yang pastinya semuanya adalah kerana cuaca panas yang melanda kita sekarang. mungkin ada sebab dan akibat daripada apa yang berlaku kepada kita. oleh itu, sama-samalah kita mohon kepada Allah s.w.t agar bencana kepanasan bumi ini dapat dikurangkan. kita khuatir bencana kepanasan ini berterusan dalam jangkamasa yang panjang.

Kita biasa dengar dalam radio ikim, kematian satu kepastian dan bukan satu kebetulan. Semoga Allah s.w.t. sentiasa menerima taubat kita yang kita mohon setiap hari dan saat. jangan tidak bertaubat sebab nabi yang maaksum pun bertaubat juga. ini kan kita manusia akhir zaman yang sentiasa begemulang dengan maksiat. buka mata maksiat dan nak tidur pun berada dalam maksiat.

Buat anak-anak yang budiman, doakan kesejahteraan ibu bapa kita. walaupun mereka salah dipandangan mata kita sebab sentiasa tidak bersama dengan kehendak kita. tetapi teguran dan sapaan mereka itu sentiasa benar di sudut pandangan mereka. jika kita sentiasa berbalah dan bertentangan sesama sendiri, dunia kehidupan kita tidak aman. akal kita tidak aman, minda kita tidak aman, jiwa kita tidak aman, emosi kita tidak aman dan semua yang ada pada kita akan jadi bercelaru.

oleh itu, kembali kepada Allah s.w.t. dan sujud kepadaNya. Insya Allah jika kita akan jadi tenang dan tenteram.

Sambutan raya tahun 2009


Walaupun sambutan ramadhan telah lama berlalu tetapi roh kemanisannya tetap dirasai sepanjang tahun. Tahun 2009, satu sambutan hari raya telah diadakan di rumah Saiful Hady, di Sg. Kertas, Gombak. Selangor. Semua adik beradik Othman dan keluarga, Md. Sabri dan keluarga, Ghazali dan keluarga, Ramnah dan keluarga, Md. Nasri dan keluarga, Zulkifly dan keluargad dan tuan rumah dan keluarga. Abah dan Emak juga meraikan bersama. Tetapi makanan yang dihidangkan disediakan dan dibeli pada malam itu juga. Perjumpaan dan sambutan di luar jangkaan tuan rumah. Salam gembira dan ceria untuk semua. Semoga sambutan Ramadhan dan raya tahun 2010 akan tetap meriah dan ceria.

tv rosak dan musim panas

alahai, tv pula rosak. ada suara tak ada gambar. maka radio peneman waktu petang. musim sekarang musim panas. ramai pelajar yang demam dan tak masuk kuliah. tulah akibat kalau tak rajin minum air kosong. semoga bertemu lagi.

nampaaknya kena beli tv baru. minggu ini sahaja kena ganti banyak benda. bateri kereta, bareng kereta dan tv pulak. aduhai, aduhai.