Tuesday, December 7, 2010

Hijrah

1. Setiap tahun, tahun hijrah silih berganti. 7 Dis 2010 merupakan cuti umum bagi menyambut taahun baru hijrah 1432. Setiap kali tahun hijrah muncul maka setiap orang muslim akan membuat azam baru dan hasrat baru.

2. Berusaha dan berazam untuk melaksanakan gerak kerja baru. Bertekad untuk lebih berjaya dan cemerlang. Azam dan azam dan azam terus diperkukuhkan.

3. MALAS, satu perkataan yang sinonim dengan orang Melayu di Malaysia. Betulkah. Tadi kita sebut orang muslim bertekad dan berazam. Kenapa sekarang muncul perkataan MELAYU pula. Di Malaysia, orang muslim dikaitan dengan orang Melayu. Maka muncullah MELAYU MUSLIM atau MELAYU ISLAM.

4. Orang muslim tidak malas dan sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan dan kemenangan. Itulah laungan azan untuk mengajak orang-orang Muslim bersolat.

5. Marilah kita orang-orang Muslim yang berbangsa Melayu bersahabat dengan orang-orang Muslim dari bangsa lain bersolat dan bersama-sama mencapai kejayaan dan kecemerlangan. Kita semua warga akhirat dan kita semula akan dihakimi dengan tuas dan takal keimanan dan ketakwaan. Bahasa yang digunakan untuk menilai kita nanti ialah bahasa arab dan bukan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.

6. Untuk terus berjaya, maka kembali kita kepada tatcara yang disebutkan dalam al Quran. Orang-orang yang berjaya ialah orang-orang yang hatinya sentiasa sujud kepada Allah swt.

Saturday, November 27, 2010

Apa khabar?


Ini motor idaman Muhd Mu'adz.
Tapi, topik hari ini bukan tentang motor ini.
Hari ini, ramai manusia mengejar kekayaan. Tapi, siapakah golongan yang berjaya mengecapi kekayan ini samada dalam skala yang kecil, sederhana atau besar. Selalunya, manusia yang mengecapi kejayaan dalam skala yang besar ialah ahli perniagaan dan ahli politik. Kedua-dua kumpulan ini merupakan manusia yang tergolong dalam golongan yang suka memanipulasikan manusia lain untuk kepentingan peribadi mereka. Mengikut pendapat dan Teori Kerjaya Holland, satu teori mengenai personaliti dan kerjaya manusia.
Bila ada orang yang kaya maka timbul pula isu siapa yang pandai, bijak dan cerdik. Adakah, kedua-dua golongan iaitu ahli politik dan ahli perniagaan memiliki ketiga-tiga perkataan di atas iaitu pandai, bijak dan cerdik. Pandai macam siapa ye, bijak macam siapa ye, dan cerdik macam siapa ye. Mengikut pendapat orang dulu-dulu, kalau cerdik macam kancil. Fikir kan lah.

Friday, August 27, 2010

Ramadhan 2010

Alhamdulillah, bertemu kita pada 17 Ramadhan. Walaupun semua umat Islam di Selangor bercuti sempena 17 Ramadhan tapi apa yang mereka buat untuk menyambut 17 Ramadhan tersebut.

Kita hidup tanpa haluan dan batasan. kita hanya meraikan apa yang orang lain raikan tapi kita tidak tahu hujung dan pangkal tentang apa yang kita raikan.

Oleh itu, umat manusia sesungguhnya mereka yang dicintai oleh Allah s.w.t ialah mereka melakukan apa yang mereka faham dan hayati. Hayatilah Islam dengan sepenuh jiwa dan lakukan ibadah sebaik dan sebanyak yang mungkin.

Friday, August 6, 2010

Zaman dewasa

Al hamdulillah, zaman dewasa telah mematangkan kita semua.

Baru-baru ini, saya dan rakan-rakan lama masa belajar di MPTI berjumpa dalam facebook. Maka, ada ura-ura nak buat reunion. Ada yang malu dan ada yang segan tetapi ada juga yang bersemangat untuk berjumpa dan mengeratkan silaturahim.

Bayangkanlah, tarikh mula berjumpa ialah pada awal tahun 1982 dan berpisah pada tahun 19984 dan mula berkerja sebagai guru pada tahun 1985. Selepas beberap tahun berpisah, baru ada kesempatan untuk berjumpa itu pun dalam facebook. Masih tak bersua muka dan berjabat tangan.

Masa dewasa ini, maka kita mula teringat dan terbayangkan kekawan lama yang sudah lama tidak bersua dan berjabat tangan.

Itulah kehidupan di hari zaman dewasa ini.

Saturday, July 10, 2010

Sabah oh sabah

Alhamdulillah, pada petang Jumaat 9 Julai 2010, jam 3.30 ptg saya dan isteri telah sampai ke negeri Sabah buat kali pertama. Terima kasih kepada Gie kerana dengan usaha dan niat yang mantap, usaha pergi ke Sabah telah dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Kedatangan kami ke Sabah adalah bagi menghadiri Covention Takaful Etiqa di Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu.

Walaupun berlaku masalah semasa pendaftaran, akhirnya kami mendapat bilik di tingkat sebelas, 1103. View bilik ini cantik dan menarik. Kehadiran di Kota Kinabalu ini telah memberi ruang yang lebih jelas kepada kami berdua tentang kebesaran Allah dan niat yang baik.

Pada malam pertama, saya telah menghubungi En. Tajul (pensyarah seramik di Ad UiTM Shah Alam) dan sekarang beliau menetap di Kota Kinabalu. En. Tajul dan isteri telah membawa kami ke rumah beliau dan dijamu makan. Alhamdullilah. kami makan dan kenyang dan sotong serta udang yang dimasak menyebabkan kami kekenyangan. Terima kasih En. Tajul.

Semoga kehadiran kami di Sabah akan memberi ruang yang lebih besar lagi kepada kami untuk mencapai kejayaan. Di samping itu, bagi mereka yang ingin mencuba menjadikan perniagaan takaful etiqa sebagai kerjaya sila hubungi saya. Semoga langkah anda diberkati dan dirahmati oleh Allah s.w.t. Seperti kata presiden Watakmas, financial planning ada 6 prinsip, pertama planning dan kedua ialah protection, ketiga investment. Jadi sebagai warga dunia yang waras, perkataan protection adalah perlu dan mesti difikirkaan. Dan plan-plan yang ada dalam takaful etiqa merupakan perlindungan-perlindungan yang sediakan untuk diri, isteri, keluarga dan anak-anak kita sekiranyaa berlaku sesuatu kepada kita atau mereka.

Pada hari ini saya dan isteri mencari mereka yang ingin mendapatkan perlindungan dan membuat simpanan dengan taakaful etiqa. Tetapi jika telah berlaku sesuatu kepada anda dan keluarga, baru anda hendak mencari kami untuk membuat perlindungan dan simpanan. Maka pada hari itu permohonan anda tidak dapat kami terima kerana telah terlambat. Maka bertindak dengan mendapatkan perlindungan dan membuat simpanan dengan takaful etiqa.

Bagi mereka yang ingin menyertaikan sebagai agen. Kami sangat mengalu-alukan dan latihan akan diberikan. Yang penting ialah hasrat dan keinginan untuk berjaya.

Md. Sabri Mohamad 019-3884017
Raziah Ishaak 019 - 9814911

Monday, May 24, 2010

Kebahagiaan dan kekayaan

Alhamdulillah,

1. Hari ini, kita semua masih hadir di bumi kepunyaan Allah. Hakikatnya kita hanya menumpang di bumi ini untuk jangkamasa yang kita sendiri tidak tahu. Ada yang jangkamasanya pendek dan ada yang jangkamasanya panjang. Itu namanya takdir.

2. Dalam hidup ini kita sering mencari kebahagiaan dan kekayaan. Mungkin kita telah perolehi kedua-duanya sekali. Mungkin kita perolehi satu daripada dua atau mungkin kita masih belum perolehi kedua-duanya sekali. Namun kita tetap yakin dan percaya bahawa kita akan perolehi kedua-duanya pada masa dan keadaan yang tepat. Insya Allah.

3. Jika, kita biasa hidup dalam suasana yang bising dan hingar, adakah kita mampu menerima situasi yang sunyi dan senyap. Atau suasana yang aman dan damai. Tentu kita rasa janggal. Kebahagiaan tidak semestinya bermaksud, seseorang itu hidup dalam suasana yang senyap, sunyi, aman atau damai. Kebahagiaan bagi seseorang berbeza dengan orang lain. Oleh itu, setiap manusia harus mengenai diri mereka dahulu baru mereka mampu mencari apa yang diperlukan di dalam hidup mereka. Orang bisu akan rasa bahagia jika mereka boleh bercakap, orang buta bahagia jika mereka boleh melihat, orang pekak rasa bahagia jika mereka boleh mendengar dan mereka yang lumpur dan tidak boleh berjalan akan rasa bahagian jika mereka boleh bergerak dan berjalan ke tempat yang ingin mereka tuju tanpa bantuan orang lain.

4. Adakah kita rasa bahagia sekarang? Kalau kita belum rasa bahagia, maka perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah mengenai diri dan keperluan diri kita dahulu. Jangan samakan diri kita dengan diri orang lain. Jangan samakan keperluan kita dengan keperluan orang lain. Apa yang penting ialah kita dapat bersyukur di atas nikmat hidup yang Allah kurniakan kepada kita. Dengan nikmat hidup itu, kita akan mampu merealisasikan kebahagiaan yang kita cari selama ini selagi kita tidak lupa tanggungjawab kita sebagai makhluk Allah yang mempunyai jangkahayat yang tertentu untuk berada di muka bumi ini.

5. Kekayaan! kekayaan! kekayaan!. Semua orang ingin kaya, semua orang ingin memiliki wang yang banyak, dan semua orang ingin membeli tanpa meminta dan meminjam daripada orang lain. Kita dapat membeli apa yang kita mahu dan inginkan. Kita dapat memakai apa sahaja pakaian yang kita idamkan. Tetapi kita sering lupa bahawa kekayaan kita itu belum tentu mampu membantu kita membeli kebahagiaan. Mengikut Abraham Maslow, hiraki keperluan manusia yang tertinggi ialah kesempurnaan kendiri. Kesempurnaan kendiri secara umum bermaksud seseorang itu telah mencapai segala yang diinginkan dan dirinya berada dalam suasana yang aman dan damai dan diikuti dengan rasa bahagia. Rasa hormat orang kepada kita tidak boleh dibeli walaupun cuba dibeli oleh sesetengah ahli politik. Namun, hakikatnya dalam politik, rasa hormat hanya jika berkuasa dan perkara sebaliknya akan berlaku jika kita sudah tidak berkuasa lagi.

6. Sahabat, rakan, bapak-bapak, ibu-ibu, adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang, didik anak dan murid-murid kita dengan ikhlas dan jujur supaya mereka memahami erti kebahagiaan dan kekayaan. Kaya hati dan budi, bahagia rohani dan jasmani. Insya Allah hidup kita walaupun pendek atau panjang jangkahayatnya, akan diberkati oleh Allah.s.w.t

Sunday, May 23, 2010

Kelantan 2010

Alhamdulillah,

Salam perkenalan telah lama dihamburkan kita menunggu salam perpisahan pula.
Setiap insan sedar bahawa setiap yang bermula akan berakhir. Setiap yang baru akan bertukar menjadi lama. Setiap yang tumbuh akan berakhir dengan ......

Namun, semua manusia sedar dan redha dengan ketetapan yang Allah tentukan sebagi hukum alam. Manusia hanya merancang tetapi Allah jua yang menentukan.

Bermula dari tanggal 16 Nov. 2000, bermula sejarah kehidupan sebagai sebahagian warga Kelantan Darul Naim. Walaupun pandangan umum masyarakat setempat tentang warga Kelantan tidaklah semurni dan sesuci nama Serambi Mekah, namun sejarah telah menentukan kita berkampung di sana.

Walaupun, Ibu dan ayah tidak pernah menghalang anaknya untuk berhijrah tetapi terdetik di hati mereka tentang kewajaran mereka berhijrah ke sana. Oleh itu, hati mereka sentiasa bertanya, bilakah anak ini akan berhijrah balik semula kepangkuan mereka.
Tetapi si anak tidak sedar tentang naluri hati ibu dan ayah mereka. bagi mereka, mereka bebas membuat keputusan tentang masa depan mereka tanpa pengaruhi ibu dan ayah.

Selama anak mereka berhijrah, selama itu mereka berharap anak itu akan kembali kepangkuan mereka. Diri mereka semakin tua. Kudrat mereka semakin lemah. Nafas mereka semakin terputus-putus. tetapi anak-anak semakin jauh.

Bayangkan kita ditempat mereka. Punya anak yang ramai. Dididik dari kecil sampai dewasa. Dari dipangku sehingga boleh berlari dan berjalan. tetapi anak-anak tidak mahu menoleh kepada mereka. Hanya akan menoleh kalau kaki mereka tersandung di kaki-kaki dunia. Istilah balik ke kampung hanya satu sandiwara sahaja. Sebenarnya, mereka malu kepada rakan-rakan dan teman-teman di pejabat. Rakan-rakan dan teman-teman di pejabat memang saya dan kasih kepada ibu bapa mereka. Mereka sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup ibu bapa mereka setiap kali lepas sembahyang waktu. Tetapi kita, jarang-jarang dan kadang-kadang terlupa untuk menunaikan sembahyang waktu yang wajib lima kali sehari. Jadi dapatkah kita mendoakan sejahteraan mereka. Sayangkah kita kepada mereka. Sempatkah kita berbakti kepada mereka.

Atas, tuntutan itu, akan yang berhijrah sejak dari usia 23 tahun yang lalu ingin berbakti kepada kedua ibu bapa yang masih ada. Semoga perpindahan dan perpisahan yang dilalui mulai detik-detik yang akan datang akan dapat menginsafkan kita kepada hidup ini bukannya lama. Berbaktilah kepada kedua ibu bapa. Semoga kehidupan kita nanati juga dirahmati oleh Allah s.w.t

Tuesday, May 4, 2010

4 darjat manusia dan 5 perkara yang perlu ditinggalkan

Salam,

Khalil bin Ahmad menyatakan, bahawa darjat manusia terbahagi kepada empat macam, iaitu:
  1. manusia yang tahu (mengerti), dan dia tahu bahawa ia tahu, yang demikian ialah manusia berilmu, yang boleh dijadikan pemimpin.
  2. manusia yang tahu, tapi dia tidak tahu bahawa ia tahu, orang yang demikian sedang tertidur, dan perlu dibangunkan.
  3. orang yang tidak tahu, dan dia tahu bahawa dia tidak tahu, orang yang demikian perlu dibimbing supaya menjadi cerdas.
  4. orang yang tidak tahu, dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu, orang yang demikian harus dijauhi.

dan;

Tinggalkanlah lima perkara

  1. tinggalkanlah pandangan yang liar, nescaya anda akan tekun dan khusyuk.
  2. tinggalkan perkataan yang berlebih-lebihan, nescaya anda akan mendapat hikmat dan menjadi orang yang bijaksana.
  3. tinggalkanlah makan yang melampaui batas, nescaya anda akan sihat dan rajin melakukan ibadah,
  4. tinggalkanlah melihat cacat (aib) orang lain, nescaya anda akan lebih mengenal cacat sendiri.
  5. tinggalkanlah penyelidikan yang terlampau mendlam tentang ZAT ILAHI, nescaya anda terhindar dari keraguan-keraguan dan kemunafikan.

(Abdullah bin Mubarak)

Saturday, April 24, 2010

Keputusan yang terbaik

As salam, Alhamdulilah usia kita masih ada dan nafas kita masih menghirup udara pagi yang bersih dan nyaman.

Segala peristiwa yang berlaku semalam menjadi sejarah. Peristiwa yang bakal berlaku sebentar lagi hanya Allah yang mengetahui. Semoga semua perkara yang berlaku di dalam hidup kita mendapat rahmat dan keberkatan daripada empunyanya iaitu Allah s.w.t

Pagi 25 April 2010, dinanti oleh ramai pihak yang berminat, pertama ialah orang-orang politik. Tanggal 25 April 2010 ialah pilihanraya Parlimen Hulu Selangor. Tetapi buka peristiwa ini yang dinantikan oleh kami sekeluarga. Saya, isteri saya dan anak saya, Muhammad Na'im menanti hari ini kerana pada hari ini keputusan pemilihan untuk menghadiri temuduga bagi bakal-bakal calon guru akan diumumkan. Bakal calon-calon guru ini akan menjalani Program Ijazah Pendidikan Sarjana Muda Lepasan SPM 2009.

Apa keputusannya?

Maaf, permohonan anda tidak berjaya.
itu jawapan yang diberikan.

Apa hikmah kepada jawapan yang sedemikian.
Allah jua yang mengetahui.

Itu keputusan hari ini.
Tetapi dua hari yang lalu, Muhammad Na'im mendapat panggilan temuduga di MIAT, UniKL.
Tarikh temuduganya pada 28 April 2010. Adakah itu destinasinya Muhammad Na'im. Allah jua yang mengetahui.

Setakat ini, dua permohonan Muhammad Na'im diumumkan tidak berjaya, pertama, program separa perubatan di bawah Kementerian Kesihatan dan yang kedua, program yang diumumkan hari ini juga tidak berjaya. (2 GAGAL dipanggil temuduga)

MIAT UniKL (1 BERJAYA dipanggil temuduga). Ini program kejuruteraan mengenai kapalterbang dan helikopter. Hebat tu.

Bagaimana dengan program di Instep, Kuala Terengganu dan Program Diploma di UiTM. (2 MASIH BELUM diumumkan, satu ada temuduga dan satu tidak ada temuduga dan jika dapat akan diumumkan sahaja.)

Maka, tarikh seterusnya ialah 29 April 2010. Tarikh keputusan panggilan temuduga di Instep akan diumumkan. Ini program kejuruteraan di bawah PETRONAS.

Tarikh seterusnya ialah awal bulan MEI 2010 iaitu pengumuman mengenai panggilan untuk program Diploma ke universiti-universiti tempatan diumumkan. Muhammad Na'im hanya memohon ke UiTM saja sebagai pelihan pertama hingga ketiga.

Prinsip saya sekeluarga, kita hanya berusaha dan memohon TETAPI Allah s.w.t yang menentukan hala tujunya. Kita mohon sebanyak mungkin sebab kita tak tahu mana yang sesuai untuk diri kita. Walaupun kita rasa kita tahu tentang kebolehan diri kita hari ini dan sebelumnya. Tetapi untuk hari esok dan seterusnya kita serahkan kepada Allah.s.w.t.

InsyaAllah, segala usaha dan doa kita kan dimakbulkan oleh Allah s.w.t.
Apa yang Allah beri kepada kita, itulah yang terbaik untuk kita.
Amin.

Tuesday, April 20, 2010

Dunia Hari Ini

Alhamdulillah,

Usia masih ada, kehidupan masih ada, kudrat masih ada dan segala-galanya masih ada
Ada seorang jiran, suaminya baru meninggal semalam, katanya sesak nafas semasa bermain badminton. Kini, suaminya telah tiada. Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat ke atas arwah suami beliau.

Sebelum ini, kita sering dengar tentang bencana yang menimpa orang lain di luar negara seperti China dan Iceland. Di China berlaku kejadian tanah runtuh, ada yang kehilangan ahli keluarga manakala di Iceland, berlaku letupan gunung berapa yang menyebabkan ruang udara di benua Eropah tidak boleh dilalui oleh kapalterbang dan ramai penumpang yang terkandas di lapangan terbang.

Tapi yang pastinya, hidup ini tidaklah lama dan hidup yang lama tidak bermakna diberkati oleh Allah s.w.t. Oleh itu, hargailah hidup ini. jauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak disenangi oleh Allah s.w.t. Buat baik berterusan dan hindarkan daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran.

Monday, April 12, 2010

Anak Bujang

Alhamdulillah,
anak lelaki dah jadi anak bujang.
seronok mak bapak tengok anak dah besar panjang
seronok mak bapa tengok anaknya dah pandai bawak motor dan kereta
seronok mak bapak tengok anak boleh disuruh ke sana ke mari sebab dah pandai bawak motor dan kereta.

seronok memang seronok
anak dah lepas spm
hati mak bapak lega sebab anak dapat keputusan cemerlang.
hati mak bapak mana yang tak seronok

anak dah besar panjang
dah lepas spm
dah pandai bawak motor dan kereta

tapi
seronok ke mak bapak
kalu
anak yang besar panjang itu sudah pandai menjawab
anak yang besar panjang itu sudah pandai keluar malam
anak yang besar panjang itu sudah tidak boleh ditegur lagi
anak yang besar panjang itu sudah mula bangun lewat pada pagi hari.
anak yang besar panjang itu sudah pandai makan di kedai dan warong

hati
mak dan bapak mana yang tak risau
anak telah berubah laku
salah mak dan bapak kah

rupa-rupanya
anak yang besar panjang itu dah rasa dirinya dewasa
boleh bawa kereta dan motor walaupun tak ada lesan
sebab
dah besar panjang

anak-anak, kalau rasa diri dah besar panjang dan dewasa, tapi jangan lupa Allah s.w.t tetap ada dan tetap memerhatikan kita. Polis tetap menjaga keamanan dan peraturan jalan raya. JPJ tetap memantau perjalanan kereta di jalan raya. Bukan sebab kita dah besar, polis, JPJ dan Allah s.w.t tak pandang kita lagi dan tak rakam kesalahan dan kebaikan yang kita buat.

Semakin kita dewasa semakin banyak peluang untuk kita buat kebaikan dan kejahatan sebab saluran orang nak menegur kita sudah berkurangan sebab kita sudah besar panjang dan dewasa.

Hari ini, anak yang besar panjang itu sudah mula mendaftar diri bagi dilantik sebagai pekerja sambilan. Adakah dirinya sudah semakin besar dan hebat. Hanya Allah jua yang tahu.
Semoga Allah memberi taufik dan hidayahNya kepada anak-anak yang sudah besar panjang itu.
Amin

Monday, April 5, 2010

Anak lelaki

Lelaki adalah pemimpin. Masyarakat zaman jahiliah di Tanah Arab begitu bangga mempunyai anak lelaki. Bangsa-bangsa lain di dunia juga bangga mempunyai anak lelaki. Bagi kerabat diraja, mempunyai anak lelaki bermakna mereka telah menyediakan pewaris takhta kepada kerajaan mereka.

Tetapi kini persoalan sering timbul dalam minda masyarakat. Anak lelaki kau ok ke!

Sebelum saya meneruskan persoalan ini, saya mulakan dengan kata-kata; anak-anak itu ibarat kain putih, maka ibu bapalah yang wajib mencorakkannya mengikut corak yang sewajarnya. Bagaimana ibu bapa nak mencorakkan anak-anak mereka kerana mereka telah menswastakan proses mencorakkan anak-anak tersebut. Sebab mereka sibuk bekerja dengan alasan untuk menjamin masa depan mereka sekeluarga. itu kata mereka.

Dalam kesibukan mencari kerja dan berkerja, ibu bapa juga menswastakan proses mencorakkan anak-anak mereka kepada kawan-kawan anak mereka. Tanpa disedari.

Ada juga ibu bapa yang mencorakkan anak lelaki mereka dengan corak yang unik kerana mereka mahu anak lelaki yang duduk diam di rumah, tak buat bising, tidak bermain di luar rumah, duduk di dalam rumah dengan membaca buku, tak buat sepah dan lain-lain lagi aktiviti yang khusus untuk anak-anak perempuan.

Anak lelaki perlu lasak, suka memanjat, main di luar rumah dan aktiviti yang dilakukan adalah aktiviti-aktiviti yang mencabar. Tetapi dunia moden hari ini menyediakan aktiviti yang tidak mencabar tenaga mereka.

Sebenarnya apa yang hendak saya sampaikan?

Semalam ada bekas pelajar yang yang menelefon memberitahu tentang kawan lelakinya. Kawan lelakinya itu mahasiswa U dan bakal menjadi guru. Kawannya itu sibuk hendak memperkenalkan pelajar tersebut dengan keluarganya termasuk emak bapak dan nenek serta atuk dia. Memanglah mereka berkawan tetapi sejak akhir-akhir ini perangai kawannya itu agak pelik kerana kawannya itu pernah berlagak tidak seperti lelaki. Dia keberatan untuk menerima kawannya itu lagi sebab berpelakuan tidak seperti lelaki.

Masalahnya kini, telah wujud ramai lelaki-lelaki di U yang berperangai tidak seperti lelaki. Kepada bakal-bakal ibu, bapa dan ibu bapa yang ada sekarang, mahukah kita mempunyai anak-anak lelaki yang tidak mempunyai kualiti seperti anak lelaki. kalaupun kita mahu, Allah s.w.t tidak membenarkannya dan kita patut sedar tentang fitrah orang-orang lelaki. Orang lelaki sifatnya kuat, hebat, tegas, dan mempunyai cirai-ciri kepimpinan.

Jika, ada anak lelaki yang telah tidak mempamerkan ciri-ciri anak lelaki, saya sebagai orang dewasa yang bakal pencen, sentiasa berharap anda kembalilah menjadi lelaki semula kerana perlakuan anda itu hanya topeng nafsu semata-mata. Anda ibarat sebuah kereta yang telah dicat dengan warna merah jambu walaupun sebenarnya kereta itu pacuan empat roda MPV. Kembalikan warna kereta itu kepada warna hitam, putih, yang sememangnya menampakkan kualiti kereta MPV yang hebat dan gagah.

Kenali diri anda dan fahami diri anda dan akhirnya sedar tentang kenapa Allah menjadikan kita umatnya di muka bumi ini. Hidup lawannya mati, tinggi lawannya rendah, gemuk lawannya kurus dan lelaki lawannya perempuan. Allah tidak zalim dan menganiaya hambanya. Al Quran ada mencatatkan bahawa orang yang zalim ialah orang yang khianat terhadap amanah yang telah diberikan oleh Allah. Apa amanah Allah kepada manusia lelaki? Jagalah sifat-sifat kelelakian anda. Kalau anda khianati amanah Allah, maka anda adalah orang yang zalim kepada diri sendiri.

Kepada ibu-ibu, fahamilah persoalan yang dikemukakan dan jadikan lah anak-anak lelaki anda anak lelaki kebanggaan keluarga dunia dan akhirat.

Thursday, April 1, 2010

Anak-anak remajaku

Assalamualaikum,

Anak-anak zaman sekarang. anak-anak zaman moden. anak-anak post merdeka. negara kita telah bebas daripada penjajah dan dipimpin oleh anak watan sendiri. atuk nenek kita gembira sebab penjajah sudah tiada lagi di bumi malaysia. atuk nenek kita gembira sebab yang pimpin malaysia ialah anak watan sendiri. malaysia akan menjadi negara maju atas acuan mereka sendiri. begitulah saranan wawasan 2020.

tetapi setiap hari, setiap detik, setiap saat, hati seorang ibu, hati seorang ayah sentiasa merasa risau dan bimbang terhadap anak-anaknya. ini perasaan yang normal kerana jika seorang ibu atau seorang ayah tidak pernah rasa risau atau bimbang terhadap anak-anaknya mungkin menandakan kasih sayangnya terhadap anak-anak itu telah hilang atau luput.

Di kala kecil, risau ibu bapa terhadap anak-anak adalah kerana bimbang anak itu tak cukup makan, tak cukup susu, tak cuba sihat dan macam-macam lagi. kalau anak demam sikat risau demam itu melarat. kalua anak itu kembubg perutnya, bimbang anak itu akan meragam sepanjang hari dan lain-lain lagi.

Ketika anak itu, di sekolah rendah, risau ibu bapa jika anak-anak itu tidak pandai membaca, menulis dan mengira. Atau risau anak-anak tidak dapat mengikuti pelajaran di sekolah. Atau anak-anak dipengaruhi oleh kawan-kawan yang tak senonoh. Atau risau anak-anak dapat markah rendah dan duduk nomor corot. Lalu, untuk pastikan semua itu tidak berlaku, maka setiap hari dan setiap malam ibu bapa bercakap dan kadang kala kelihatan seperti membebel. namun matlamatnya satu supaya anak-anak mendapat kecemerlangan. siapa yang dapat nama. anak-anakku sayang. ibu dan ayah hanya menumpang kegembiraan. guru-guru menumpang kegembiraan.

Kini, anak-anak ku telah remaja, bimbang dan risau tetap ada dan tidak akan hilang. Anak-anak jangan bimbang kerana risau dan bimbang itu tanda kami ibu bapa masih sayang kepada kalian.
Wahai ibu bapa, risau dan bimbang itu adalah satu perasaan yang normal tetapi jika risau dan bimbang itu berlebih-lebihan maka ia akan memudaratkan pula jantung anda. Berpada-padalah.

Saya fikir, cukp setakat ini, kalau ada kelapangan kita sambung tentang perkara ini lain kali. tata

Thursday, March 25, 2010

Terima kasih cikgu

alhamdulillah,

dalam usia yang menjangkau separuh abad, pengorbanan cikgu-cikgu yang mengajar dulu tetap dalam kenangan. satu pesan cikgu sewaktu berada di bangku sekolah rendah yang masih diingati sekarang ialah jangan lupa tegur cikgu kalau jumpa cikgu nanti sebab cikgu tak akan tegur kamu. pada masa itu cikgu dah tak ingat kamu lagi.

yang muda belajar mengenai kehidupan dari orang yang lebih dewasa. orang yang lebih dewasa perlu memberi ruang dan masa yntuk menegur dan menunjuk ajar orang muda.

pagi tadi semasa mengajar kursus soc 128, diperhatikan siswa-siswinya tak berminat dan seolaah-olah seperti pelajar sekolah rendah yang baru masuk kelas pada pagi hari dan sedang menunggu arahan daripada guru. apa yang diterangkan dalam minggu-minggu yang lalu tidak dapat diingati dan boleh kata belum belajar lagi. mereka seolah-olah seronok datang kuliah dan hanya seronok sebab dapat berkumpul dan berjumpa dengan kawan-kawan.

sebagai pensyarah, siswa dan siswi selalu diingatkan supaya menjadi pelajar yang baik. masalahnya mereka tidak tahu meninterpretasikan perkataan baik itu. mereka seolah-olah merujuk perkataan baik itu kepada tingkahlaku sahaja. walaupun perkataan itu harus diterjemahkan mengikut peringkat umur dan tahap pendidikan mereka.

bagi pelajar uitm, perkataan baik itu merujuk kepada perlakuan, ssikap, komitmen dalam bilik kuliah, bersedia untuk menghadiri kuliah, bersedia menerima pengajaran pensyarah dan lain-lain lagi. kepada seorang pelajar yang duduk di depan, disampaikan cerita iaitu guru-guru sanggup bersusah payah untuk menyediakan bahan pengajaran tetapi pelajar yang menerima pengajaran ambil sikap tak kisah sahaja dan yang sedihnya tidak menghargainya. disampaikan cerita bahawa kepuasan seseorang guru ialah apabila pelajarnya mendapat markah yang tinggi dalam sebarang kuiz, ujian atau tugasan. malangnya pelajar-pelajar yang datang ke uitm seolah-olah membuka sikap dan langkah yang sama semasa mereka belajar di sekolah menengah dahulu. mereka tak sedar bahawa kemasukan mereka ke uitm adalah pengambilan sesi disember. ramai pensyarah kata pelajar-pelajar sesi disember mempunyai pencapaian yang sederhana dan rendah.

sepatutnya, mereka membuktikan kepada ibu bapa mereka bahawa mereka telah berubah dan akan terus berubah ke arah masa depan yang lebih gemilang, cemerlang dan terbilang. walaupun ungkapan ini dah lama tidak diulang.

kepada anak-anak, pelajar-pelajar, siswa dan siswi, tunjukkan komitmen anda dalam semua bidang yang anda lakukaan. ceriakan hati ibi bapa dan guru. mereka tidak minta wang ringgit untuk gembirakan hati mereka. mereka hanya mahukan anda mencapai kejayaan dan menggarap kemerdekaan apabila anda dewasa nanti.

Ibu,
Ayah,
Guru-guru

Ku dengar suaramu di malam yang dingin ini,
ku mohon ampun dan ku izin agar jika aku berjaya nanti kau doakan semoga kalian dalam kenanganku

Aku gembira
Di kala ini, aku telah mencapai kecemerlangan dan kejayaan dalam hidup

Tetapi aku seperti kalian, sentiasa berada dalam keadaan kerisauan sebab aku juga mempunyai zuriat seperti kalian.

Setiap detik hati seorang ibu, ayah dan guru sentiasa berfikir tentang gerak tari laku anak-anak didik mereka. baikkah, elokkah, ceriakah, pandaikah, bersopakkah, dan kah-kah yang lain.

Kini aku pasrah dan berdoa kepada Tuhan
selamatkan anak-anak ku kerena akau sudah tidak mampu mengawalnya sepanjang masa. kini duduk , tidur, manja anak-anak sudah tidak boleh disukat dan di ukur. semuanya terpulang kepada mereka.

Masa kcil kita melatih mereka dan di rumah adalah pusat latihan. tetapi kini mereka telah dewasa, gelanggang kehidupan yang lebih luas telah tersedia untuk mereka. semoga latihan yang diberikan menjadi ingatan dan panduan kepada mereka.

anak-anak, sayangilah ibu dan bapa anda. buka sebab mereka melahirkan anda dan menjaga anda semasa kecil tetapi sayangilah mereka kerana itu amanah Allah yang perlu anda tunaikan semasa hayat mereka masih ada.

Monday, March 22, 2010

sESI BERGAMBAR RAYA 2009






Musim panas

Alhamdulillah, hari ini kita masih dapat berbicara, menulis, bersenda gurau, berbual dan mengadakan berbagai aktiviti. Ada juga saudara seagama kita yang tidak dapat berbuat apa yang telah kita laku sejak dari bagun tidur pada pagi tadi. sebab mereka semua telah kembali menemui illahi.

Berita yang diterima pagi ini, ada jiran yang telah meninggal dunia sebab macam-macam sakit yang ditanggungnya. manakala pro canselor uitm Dato Amar Sulaiman Daud juga meninggal pada pagi tadi, menurut email yang di postkan oleh AR Akademik UiTM Kelantan En. Imran.

Tetapi yang pastinya semuanya adalah kerana cuaca panas yang melanda kita sekarang. mungkin ada sebab dan akibat daripada apa yang berlaku kepada kita. oleh itu, sama-samalah kita mohon kepada Allah s.w.t agar bencana kepanasan bumi ini dapat dikurangkan. kita khuatir bencana kepanasan ini berterusan dalam jangkamasa yang panjang.

Kita biasa dengar dalam radio ikim, kematian satu kepastian dan bukan satu kebetulan. Semoga Allah s.w.t. sentiasa menerima taubat kita yang kita mohon setiap hari dan saat. jangan tidak bertaubat sebab nabi yang maaksum pun bertaubat juga. ini kan kita manusia akhir zaman yang sentiasa begemulang dengan maksiat. buka mata maksiat dan nak tidur pun berada dalam maksiat.

Buat anak-anak yang budiman, doakan kesejahteraan ibu bapa kita. walaupun mereka salah dipandangan mata kita sebab sentiasa tidak bersama dengan kehendak kita. tetapi teguran dan sapaan mereka itu sentiasa benar di sudut pandangan mereka. jika kita sentiasa berbalah dan bertentangan sesama sendiri, dunia kehidupan kita tidak aman. akal kita tidak aman, minda kita tidak aman, jiwa kita tidak aman, emosi kita tidak aman dan semua yang ada pada kita akan jadi bercelaru.

oleh itu, kembali kepada Allah s.w.t. dan sujud kepadaNya. Insya Allah jika kita akan jadi tenang dan tenteram.

Sambutan raya tahun 2009


Walaupun sambutan ramadhan telah lama berlalu tetapi roh kemanisannya tetap dirasai sepanjang tahun. Tahun 2009, satu sambutan hari raya telah diadakan di rumah Saiful Hady, di Sg. Kertas, Gombak. Selangor. Semua adik beradik Othman dan keluarga, Md. Sabri dan keluarga, Ghazali dan keluarga, Ramnah dan keluarga, Md. Nasri dan keluarga, Zulkifly dan keluargad dan tuan rumah dan keluarga. Abah dan Emak juga meraikan bersama. Tetapi makanan yang dihidangkan disediakan dan dibeli pada malam itu juga. Perjumpaan dan sambutan di luar jangkaan tuan rumah. Salam gembira dan ceria untuk semua. Semoga sambutan Ramadhan dan raya tahun 2010 akan tetap meriah dan ceria.

tv rosak dan musim panas

alahai, tv pula rosak. ada suara tak ada gambar. maka radio peneman waktu petang. musim sekarang musim panas. ramai pelajar yang demam dan tak masuk kuliah. tulah akibat kalau tak rajin minum air kosong. semoga bertemu lagi.

nampaaknya kena beli tv baru. minggu ini sahaja kena ganti banyak benda. bateri kereta, bareng kereta dan tv pulak. aduhai, aduhai.