Saturday, April 24, 2010

Keputusan yang terbaik

As salam, Alhamdulilah usia kita masih ada dan nafas kita masih menghirup udara pagi yang bersih dan nyaman.

Segala peristiwa yang berlaku semalam menjadi sejarah. Peristiwa yang bakal berlaku sebentar lagi hanya Allah yang mengetahui. Semoga semua perkara yang berlaku di dalam hidup kita mendapat rahmat dan keberkatan daripada empunyanya iaitu Allah s.w.t

Pagi 25 April 2010, dinanti oleh ramai pihak yang berminat, pertama ialah orang-orang politik. Tanggal 25 April 2010 ialah pilihanraya Parlimen Hulu Selangor. Tetapi buka peristiwa ini yang dinantikan oleh kami sekeluarga. Saya, isteri saya dan anak saya, Muhammad Na'im menanti hari ini kerana pada hari ini keputusan pemilihan untuk menghadiri temuduga bagi bakal-bakal calon guru akan diumumkan. Bakal calon-calon guru ini akan menjalani Program Ijazah Pendidikan Sarjana Muda Lepasan SPM 2009.

Apa keputusannya?

Maaf, permohonan anda tidak berjaya.
itu jawapan yang diberikan.

Apa hikmah kepada jawapan yang sedemikian.
Allah jua yang mengetahui.

Itu keputusan hari ini.
Tetapi dua hari yang lalu, Muhammad Na'im mendapat panggilan temuduga di MIAT, UniKL.
Tarikh temuduganya pada 28 April 2010. Adakah itu destinasinya Muhammad Na'im. Allah jua yang mengetahui.

Setakat ini, dua permohonan Muhammad Na'im diumumkan tidak berjaya, pertama, program separa perubatan di bawah Kementerian Kesihatan dan yang kedua, program yang diumumkan hari ini juga tidak berjaya. (2 GAGAL dipanggil temuduga)

MIAT UniKL (1 BERJAYA dipanggil temuduga). Ini program kejuruteraan mengenai kapalterbang dan helikopter. Hebat tu.

Bagaimana dengan program di Instep, Kuala Terengganu dan Program Diploma di UiTM. (2 MASIH BELUM diumumkan, satu ada temuduga dan satu tidak ada temuduga dan jika dapat akan diumumkan sahaja.)

Maka, tarikh seterusnya ialah 29 April 2010. Tarikh keputusan panggilan temuduga di Instep akan diumumkan. Ini program kejuruteraan di bawah PETRONAS.

Tarikh seterusnya ialah awal bulan MEI 2010 iaitu pengumuman mengenai panggilan untuk program Diploma ke universiti-universiti tempatan diumumkan. Muhammad Na'im hanya memohon ke UiTM saja sebagai pelihan pertama hingga ketiga.

Prinsip saya sekeluarga, kita hanya berusaha dan memohon TETAPI Allah s.w.t yang menentukan hala tujunya. Kita mohon sebanyak mungkin sebab kita tak tahu mana yang sesuai untuk diri kita. Walaupun kita rasa kita tahu tentang kebolehan diri kita hari ini dan sebelumnya. Tetapi untuk hari esok dan seterusnya kita serahkan kepada Allah.s.w.t.

InsyaAllah, segala usaha dan doa kita kan dimakbulkan oleh Allah s.w.t.
Apa yang Allah beri kepada kita, itulah yang terbaik untuk kita.
Amin.

Tuesday, April 20, 2010

Dunia Hari Ini

Alhamdulillah,

Usia masih ada, kehidupan masih ada, kudrat masih ada dan segala-galanya masih ada
Ada seorang jiran, suaminya baru meninggal semalam, katanya sesak nafas semasa bermain badminton. Kini, suaminya telah tiada. Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat ke atas arwah suami beliau.

Sebelum ini, kita sering dengar tentang bencana yang menimpa orang lain di luar negara seperti China dan Iceland. Di China berlaku kejadian tanah runtuh, ada yang kehilangan ahli keluarga manakala di Iceland, berlaku letupan gunung berapa yang menyebabkan ruang udara di benua Eropah tidak boleh dilalui oleh kapalterbang dan ramai penumpang yang terkandas di lapangan terbang.

Tapi yang pastinya, hidup ini tidaklah lama dan hidup yang lama tidak bermakna diberkati oleh Allah s.w.t. Oleh itu, hargailah hidup ini. jauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak disenangi oleh Allah s.w.t. Buat baik berterusan dan hindarkan daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran.

Monday, April 12, 2010

Anak Bujang

Alhamdulillah,
anak lelaki dah jadi anak bujang.
seronok mak bapak tengok anak dah besar panjang
seronok mak bapa tengok anaknya dah pandai bawak motor dan kereta
seronok mak bapak tengok anak boleh disuruh ke sana ke mari sebab dah pandai bawak motor dan kereta.

seronok memang seronok
anak dah lepas spm
hati mak bapak lega sebab anak dapat keputusan cemerlang.
hati mak bapak mana yang tak seronok

anak dah besar panjang
dah lepas spm
dah pandai bawak motor dan kereta

tapi
seronok ke mak bapak
kalu
anak yang besar panjang itu sudah pandai menjawab
anak yang besar panjang itu sudah pandai keluar malam
anak yang besar panjang itu sudah tidak boleh ditegur lagi
anak yang besar panjang itu sudah mula bangun lewat pada pagi hari.
anak yang besar panjang itu sudah pandai makan di kedai dan warong

hati
mak dan bapak mana yang tak risau
anak telah berubah laku
salah mak dan bapak kah

rupa-rupanya
anak yang besar panjang itu dah rasa dirinya dewasa
boleh bawa kereta dan motor walaupun tak ada lesan
sebab
dah besar panjang

anak-anak, kalau rasa diri dah besar panjang dan dewasa, tapi jangan lupa Allah s.w.t tetap ada dan tetap memerhatikan kita. Polis tetap menjaga keamanan dan peraturan jalan raya. JPJ tetap memantau perjalanan kereta di jalan raya. Bukan sebab kita dah besar, polis, JPJ dan Allah s.w.t tak pandang kita lagi dan tak rakam kesalahan dan kebaikan yang kita buat.

Semakin kita dewasa semakin banyak peluang untuk kita buat kebaikan dan kejahatan sebab saluran orang nak menegur kita sudah berkurangan sebab kita sudah besar panjang dan dewasa.

Hari ini, anak yang besar panjang itu sudah mula mendaftar diri bagi dilantik sebagai pekerja sambilan. Adakah dirinya sudah semakin besar dan hebat. Hanya Allah jua yang tahu.
Semoga Allah memberi taufik dan hidayahNya kepada anak-anak yang sudah besar panjang itu.
Amin

Monday, April 5, 2010

Anak lelaki

Lelaki adalah pemimpin. Masyarakat zaman jahiliah di Tanah Arab begitu bangga mempunyai anak lelaki. Bangsa-bangsa lain di dunia juga bangga mempunyai anak lelaki. Bagi kerabat diraja, mempunyai anak lelaki bermakna mereka telah menyediakan pewaris takhta kepada kerajaan mereka.

Tetapi kini persoalan sering timbul dalam minda masyarakat. Anak lelaki kau ok ke!

Sebelum saya meneruskan persoalan ini, saya mulakan dengan kata-kata; anak-anak itu ibarat kain putih, maka ibu bapalah yang wajib mencorakkannya mengikut corak yang sewajarnya. Bagaimana ibu bapa nak mencorakkan anak-anak mereka kerana mereka telah menswastakan proses mencorakkan anak-anak tersebut. Sebab mereka sibuk bekerja dengan alasan untuk menjamin masa depan mereka sekeluarga. itu kata mereka.

Dalam kesibukan mencari kerja dan berkerja, ibu bapa juga menswastakan proses mencorakkan anak-anak mereka kepada kawan-kawan anak mereka. Tanpa disedari.

Ada juga ibu bapa yang mencorakkan anak lelaki mereka dengan corak yang unik kerana mereka mahu anak lelaki yang duduk diam di rumah, tak buat bising, tidak bermain di luar rumah, duduk di dalam rumah dengan membaca buku, tak buat sepah dan lain-lain lagi aktiviti yang khusus untuk anak-anak perempuan.

Anak lelaki perlu lasak, suka memanjat, main di luar rumah dan aktiviti yang dilakukan adalah aktiviti-aktiviti yang mencabar. Tetapi dunia moden hari ini menyediakan aktiviti yang tidak mencabar tenaga mereka.

Sebenarnya apa yang hendak saya sampaikan?

Semalam ada bekas pelajar yang yang menelefon memberitahu tentang kawan lelakinya. Kawan lelakinya itu mahasiswa U dan bakal menjadi guru. Kawannya itu sibuk hendak memperkenalkan pelajar tersebut dengan keluarganya termasuk emak bapak dan nenek serta atuk dia. Memanglah mereka berkawan tetapi sejak akhir-akhir ini perangai kawannya itu agak pelik kerana kawannya itu pernah berlagak tidak seperti lelaki. Dia keberatan untuk menerima kawannya itu lagi sebab berpelakuan tidak seperti lelaki.

Masalahnya kini, telah wujud ramai lelaki-lelaki di U yang berperangai tidak seperti lelaki. Kepada bakal-bakal ibu, bapa dan ibu bapa yang ada sekarang, mahukah kita mempunyai anak-anak lelaki yang tidak mempunyai kualiti seperti anak lelaki. kalaupun kita mahu, Allah s.w.t tidak membenarkannya dan kita patut sedar tentang fitrah orang-orang lelaki. Orang lelaki sifatnya kuat, hebat, tegas, dan mempunyai cirai-ciri kepimpinan.

Jika, ada anak lelaki yang telah tidak mempamerkan ciri-ciri anak lelaki, saya sebagai orang dewasa yang bakal pencen, sentiasa berharap anda kembalilah menjadi lelaki semula kerana perlakuan anda itu hanya topeng nafsu semata-mata. Anda ibarat sebuah kereta yang telah dicat dengan warna merah jambu walaupun sebenarnya kereta itu pacuan empat roda MPV. Kembalikan warna kereta itu kepada warna hitam, putih, yang sememangnya menampakkan kualiti kereta MPV yang hebat dan gagah.

Kenali diri anda dan fahami diri anda dan akhirnya sedar tentang kenapa Allah menjadikan kita umatnya di muka bumi ini. Hidup lawannya mati, tinggi lawannya rendah, gemuk lawannya kurus dan lelaki lawannya perempuan. Allah tidak zalim dan menganiaya hambanya. Al Quran ada mencatatkan bahawa orang yang zalim ialah orang yang khianat terhadap amanah yang telah diberikan oleh Allah. Apa amanah Allah kepada manusia lelaki? Jagalah sifat-sifat kelelakian anda. Kalau anda khianati amanah Allah, maka anda adalah orang yang zalim kepada diri sendiri.

Kepada ibu-ibu, fahamilah persoalan yang dikemukakan dan jadikan lah anak-anak lelaki anda anak lelaki kebanggaan keluarga dunia dan akhirat.

Thursday, April 1, 2010

Anak-anak remajaku

Assalamualaikum,

Anak-anak zaman sekarang. anak-anak zaman moden. anak-anak post merdeka. negara kita telah bebas daripada penjajah dan dipimpin oleh anak watan sendiri. atuk nenek kita gembira sebab penjajah sudah tiada lagi di bumi malaysia. atuk nenek kita gembira sebab yang pimpin malaysia ialah anak watan sendiri. malaysia akan menjadi negara maju atas acuan mereka sendiri. begitulah saranan wawasan 2020.

tetapi setiap hari, setiap detik, setiap saat, hati seorang ibu, hati seorang ayah sentiasa merasa risau dan bimbang terhadap anak-anaknya. ini perasaan yang normal kerana jika seorang ibu atau seorang ayah tidak pernah rasa risau atau bimbang terhadap anak-anaknya mungkin menandakan kasih sayangnya terhadap anak-anak itu telah hilang atau luput.

Di kala kecil, risau ibu bapa terhadap anak-anak adalah kerana bimbang anak itu tak cukup makan, tak cukup susu, tak cuba sihat dan macam-macam lagi. kalau anak demam sikat risau demam itu melarat. kalua anak itu kembubg perutnya, bimbang anak itu akan meragam sepanjang hari dan lain-lain lagi.

Ketika anak itu, di sekolah rendah, risau ibu bapa jika anak-anak itu tidak pandai membaca, menulis dan mengira. Atau risau anak-anak tidak dapat mengikuti pelajaran di sekolah. Atau anak-anak dipengaruhi oleh kawan-kawan yang tak senonoh. Atau risau anak-anak dapat markah rendah dan duduk nomor corot. Lalu, untuk pastikan semua itu tidak berlaku, maka setiap hari dan setiap malam ibu bapa bercakap dan kadang kala kelihatan seperti membebel. namun matlamatnya satu supaya anak-anak mendapat kecemerlangan. siapa yang dapat nama. anak-anakku sayang. ibu dan ayah hanya menumpang kegembiraan. guru-guru menumpang kegembiraan.

Kini, anak-anak ku telah remaja, bimbang dan risau tetap ada dan tidak akan hilang. Anak-anak jangan bimbang kerana risau dan bimbang itu tanda kami ibu bapa masih sayang kepada kalian.
Wahai ibu bapa, risau dan bimbang itu adalah satu perasaan yang normal tetapi jika risau dan bimbang itu berlebih-lebihan maka ia akan memudaratkan pula jantung anda. Berpada-padalah.

Saya fikir, cukp setakat ini, kalau ada kelapangan kita sambung tentang perkara ini lain kali. tata