Monday, May 24, 2010

Kebahagiaan dan kekayaan

Alhamdulillah,

1. Hari ini, kita semua masih hadir di bumi kepunyaan Allah. Hakikatnya kita hanya menumpang di bumi ini untuk jangkamasa yang kita sendiri tidak tahu. Ada yang jangkamasanya pendek dan ada yang jangkamasanya panjang. Itu namanya takdir.

2. Dalam hidup ini kita sering mencari kebahagiaan dan kekayaan. Mungkin kita telah perolehi kedua-duanya sekali. Mungkin kita perolehi satu daripada dua atau mungkin kita masih belum perolehi kedua-duanya sekali. Namun kita tetap yakin dan percaya bahawa kita akan perolehi kedua-duanya pada masa dan keadaan yang tepat. Insya Allah.

3. Jika, kita biasa hidup dalam suasana yang bising dan hingar, adakah kita mampu menerima situasi yang sunyi dan senyap. Atau suasana yang aman dan damai. Tentu kita rasa janggal. Kebahagiaan tidak semestinya bermaksud, seseorang itu hidup dalam suasana yang senyap, sunyi, aman atau damai. Kebahagiaan bagi seseorang berbeza dengan orang lain. Oleh itu, setiap manusia harus mengenai diri mereka dahulu baru mereka mampu mencari apa yang diperlukan di dalam hidup mereka. Orang bisu akan rasa bahagia jika mereka boleh bercakap, orang buta bahagia jika mereka boleh melihat, orang pekak rasa bahagia jika mereka boleh mendengar dan mereka yang lumpur dan tidak boleh berjalan akan rasa bahagian jika mereka boleh bergerak dan berjalan ke tempat yang ingin mereka tuju tanpa bantuan orang lain.

4. Adakah kita rasa bahagia sekarang? Kalau kita belum rasa bahagia, maka perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah mengenai diri dan keperluan diri kita dahulu. Jangan samakan diri kita dengan diri orang lain. Jangan samakan keperluan kita dengan keperluan orang lain. Apa yang penting ialah kita dapat bersyukur di atas nikmat hidup yang Allah kurniakan kepada kita. Dengan nikmat hidup itu, kita akan mampu merealisasikan kebahagiaan yang kita cari selama ini selagi kita tidak lupa tanggungjawab kita sebagai makhluk Allah yang mempunyai jangkahayat yang tertentu untuk berada di muka bumi ini.

5. Kekayaan! kekayaan! kekayaan!. Semua orang ingin kaya, semua orang ingin memiliki wang yang banyak, dan semua orang ingin membeli tanpa meminta dan meminjam daripada orang lain. Kita dapat membeli apa yang kita mahu dan inginkan. Kita dapat memakai apa sahaja pakaian yang kita idamkan. Tetapi kita sering lupa bahawa kekayaan kita itu belum tentu mampu membantu kita membeli kebahagiaan. Mengikut Abraham Maslow, hiraki keperluan manusia yang tertinggi ialah kesempurnaan kendiri. Kesempurnaan kendiri secara umum bermaksud seseorang itu telah mencapai segala yang diinginkan dan dirinya berada dalam suasana yang aman dan damai dan diikuti dengan rasa bahagia. Rasa hormat orang kepada kita tidak boleh dibeli walaupun cuba dibeli oleh sesetengah ahli politik. Namun, hakikatnya dalam politik, rasa hormat hanya jika berkuasa dan perkara sebaliknya akan berlaku jika kita sudah tidak berkuasa lagi.

6. Sahabat, rakan, bapak-bapak, ibu-ibu, adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang, didik anak dan murid-murid kita dengan ikhlas dan jujur supaya mereka memahami erti kebahagiaan dan kekayaan. Kaya hati dan budi, bahagia rohani dan jasmani. Insya Allah hidup kita walaupun pendek atau panjang jangkahayatnya, akan diberkati oleh Allah.s.w.t

Sunday, May 23, 2010

Kelantan 2010

Alhamdulillah,

Salam perkenalan telah lama dihamburkan kita menunggu salam perpisahan pula.
Setiap insan sedar bahawa setiap yang bermula akan berakhir. Setiap yang baru akan bertukar menjadi lama. Setiap yang tumbuh akan berakhir dengan ......

Namun, semua manusia sedar dan redha dengan ketetapan yang Allah tentukan sebagi hukum alam. Manusia hanya merancang tetapi Allah jua yang menentukan.

Bermula dari tanggal 16 Nov. 2000, bermula sejarah kehidupan sebagai sebahagian warga Kelantan Darul Naim. Walaupun pandangan umum masyarakat setempat tentang warga Kelantan tidaklah semurni dan sesuci nama Serambi Mekah, namun sejarah telah menentukan kita berkampung di sana.

Walaupun, Ibu dan ayah tidak pernah menghalang anaknya untuk berhijrah tetapi terdetik di hati mereka tentang kewajaran mereka berhijrah ke sana. Oleh itu, hati mereka sentiasa bertanya, bilakah anak ini akan berhijrah balik semula kepangkuan mereka.
Tetapi si anak tidak sedar tentang naluri hati ibu dan ayah mereka. bagi mereka, mereka bebas membuat keputusan tentang masa depan mereka tanpa pengaruhi ibu dan ayah.

Selama anak mereka berhijrah, selama itu mereka berharap anak itu akan kembali kepangkuan mereka. Diri mereka semakin tua. Kudrat mereka semakin lemah. Nafas mereka semakin terputus-putus. tetapi anak-anak semakin jauh.

Bayangkan kita ditempat mereka. Punya anak yang ramai. Dididik dari kecil sampai dewasa. Dari dipangku sehingga boleh berlari dan berjalan. tetapi anak-anak tidak mahu menoleh kepada mereka. Hanya akan menoleh kalau kaki mereka tersandung di kaki-kaki dunia. Istilah balik ke kampung hanya satu sandiwara sahaja. Sebenarnya, mereka malu kepada rakan-rakan dan teman-teman di pejabat. Rakan-rakan dan teman-teman di pejabat memang saya dan kasih kepada ibu bapa mereka. Mereka sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup ibu bapa mereka setiap kali lepas sembahyang waktu. Tetapi kita, jarang-jarang dan kadang-kadang terlupa untuk menunaikan sembahyang waktu yang wajib lima kali sehari. Jadi dapatkah kita mendoakan sejahteraan mereka. Sayangkah kita kepada mereka. Sempatkah kita berbakti kepada mereka.

Atas, tuntutan itu, akan yang berhijrah sejak dari usia 23 tahun yang lalu ingin berbakti kepada kedua ibu bapa yang masih ada. Semoga perpindahan dan perpisahan yang dilalui mulai detik-detik yang akan datang akan dapat menginsafkan kita kepada hidup ini bukannya lama. Berbaktilah kepada kedua ibu bapa. Semoga kehidupan kita nanati juga dirahmati oleh Allah s.w.t

Tuesday, May 4, 2010

4 darjat manusia dan 5 perkara yang perlu ditinggalkan

Salam,

Khalil bin Ahmad menyatakan, bahawa darjat manusia terbahagi kepada empat macam, iaitu:
  1. manusia yang tahu (mengerti), dan dia tahu bahawa ia tahu, yang demikian ialah manusia berilmu, yang boleh dijadikan pemimpin.
  2. manusia yang tahu, tapi dia tidak tahu bahawa ia tahu, orang yang demikian sedang tertidur, dan perlu dibangunkan.
  3. orang yang tidak tahu, dan dia tahu bahawa dia tidak tahu, orang yang demikian perlu dibimbing supaya menjadi cerdas.
  4. orang yang tidak tahu, dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu, orang yang demikian harus dijauhi.

dan;

Tinggalkanlah lima perkara

  1. tinggalkanlah pandangan yang liar, nescaya anda akan tekun dan khusyuk.
  2. tinggalkan perkataan yang berlebih-lebihan, nescaya anda akan mendapat hikmat dan menjadi orang yang bijaksana.
  3. tinggalkanlah makan yang melampaui batas, nescaya anda akan sihat dan rajin melakukan ibadah,
  4. tinggalkanlah melihat cacat (aib) orang lain, nescaya anda akan lebih mengenal cacat sendiri.
  5. tinggalkanlah penyelidikan yang terlampau mendlam tentang ZAT ILAHI, nescaya anda terhindar dari keraguan-keraguan dan kemunafikan.

(Abdullah bin Mubarak)