Sunday, May 23, 2010

Kelantan 2010

Alhamdulillah,

Salam perkenalan telah lama dihamburkan kita menunggu salam perpisahan pula.
Setiap insan sedar bahawa setiap yang bermula akan berakhir. Setiap yang baru akan bertukar menjadi lama. Setiap yang tumbuh akan berakhir dengan ......

Namun, semua manusia sedar dan redha dengan ketetapan yang Allah tentukan sebagi hukum alam. Manusia hanya merancang tetapi Allah jua yang menentukan.

Bermula dari tanggal 16 Nov. 2000, bermula sejarah kehidupan sebagai sebahagian warga Kelantan Darul Naim. Walaupun pandangan umum masyarakat setempat tentang warga Kelantan tidaklah semurni dan sesuci nama Serambi Mekah, namun sejarah telah menentukan kita berkampung di sana.

Walaupun, Ibu dan ayah tidak pernah menghalang anaknya untuk berhijrah tetapi terdetik di hati mereka tentang kewajaran mereka berhijrah ke sana. Oleh itu, hati mereka sentiasa bertanya, bilakah anak ini akan berhijrah balik semula kepangkuan mereka.
Tetapi si anak tidak sedar tentang naluri hati ibu dan ayah mereka. bagi mereka, mereka bebas membuat keputusan tentang masa depan mereka tanpa pengaruhi ibu dan ayah.

Selama anak mereka berhijrah, selama itu mereka berharap anak itu akan kembali kepangkuan mereka. Diri mereka semakin tua. Kudrat mereka semakin lemah. Nafas mereka semakin terputus-putus. tetapi anak-anak semakin jauh.

Bayangkan kita ditempat mereka. Punya anak yang ramai. Dididik dari kecil sampai dewasa. Dari dipangku sehingga boleh berlari dan berjalan. tetapi anak-anak tidak mahu menoleh kepada mereka. Hanya akan menoleh kalau kaki mereka tersandung di kaki-kaki dunia. Istilah balik ke kampung hanya satu sandiwara sahaja. Sebenarnya, mereka malu kepada rakan-rakan dan teman-teman di pejabat. Rakan-rakan dan teman-teman di pejabat memang saya dan kasih kepada ibu bapa mereka. Mereka sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup ibu bapa mereka setiap kali lepas sembahyang waktu. Tetapi kita, jarang-jarang dan kadang-kadang terlupa untuk menunaikan sembahyang waktu yang wajib lima kali sehari. Jadi dapatkah kita mendoakan sejahteraan mereka. Sayangkah kita kepada mereka. Sempatkah kita berbakti kepada mereka.

Atas, tuntutan itu, akan yang berhijrah sejak dari usia 23 tahun yang lalu ingin berbakti kepada kedua ibu bapa yang masih ada. Semoga perpindahan dan perpisahan yang dilalui mulai detik-detik yang akan datang akan dapat menginsafkan kita kepada hidup ini bukannya lama. Berbaktilah kepada kedua ibu bapa. Semoga kehidupan kita nanati juga dirahmati oleh Allah s.w.t

No comments: