Friday, June 6, 2014

Pelajar Oh Pelajar Siswa Oh Siswa

Assalam.

1. Pada semester Mac 2014 - Julai 2014, saya diamanahkan untuk mengajar kursus Research Methodology dan Interpersonal Communication di UiTM serta ditambah satu kursus baru iaitu Psychology & Interpersonal Communication di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Manakala kursus di peringkat diploma ialah Public Speaking (Semester Jun - November 2014).

2. Mengajar merupakan pekerjaan saya semenjak 1985 selepas tamat pengajian di peringkat Sijil Perguruan Asas di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim. Johor Bharu. Kursus itu saya ikuti dan dijalankan dari tahun 1982-1984. Pengkhususan saya ialah Bahasa Melayu dan Matematik. Sepanjang bergelar guru, perbuatan pelajar menghantar buku latihan lambat dan meniru ketika ujian jarang berlaku. Mereka seringkali mengantar buku latihan mengikut jadual dan aktiviti meniru ketika ujian kurang diperkatakan. Itulah pelajar sekolah menengah. Bermula di Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat, Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Raja, Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Utama, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Selangor  & Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam. Guru Bahasa Melayu, Matematik dan Kaunselor Pelajar TETAPI banyak masanya mengajar matematik.

3. Tahun 2014, merupakan tahun yang ke - 29, saya berkerja sebagai pendidik. Cuma peringkatnya sahaja yang berbeza.Dari sekolah menengah ke peringkat universiti. Tetapi hasil yang diperolehi dari acuan-acuan yang dibentuk di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah tidak terbentuk di peringkat pengajian tinggi. Di peringkat pengajian tinggi terdapat peraturan mengenai plagiat iaitu mengambil hasil kerja orang lain dan dijadikan hasil kerja sendiri. Seakan-akan meniru juga ceritanya. Itu satu cerita.

4. Semasa saya menjalankan ujian bagi kursus yang saya ajar semester ini, saya dapati ramai pelajar mendapat markah yang tinggi. Saya berlaku aktiviti meniru tetapi saya tiada bukti. Kebetulan, semasa saya mengisi markah bagi pelajar yang telah menduduki ujian yang telah dijalankan, ada pelajar yang saya dapati tidak ada markah. Lalu, apabila mereka menghantar tugas individu, saya teringat pelajar yang tiada markah tadi. Selepas berlaku proses pengecaman, saya mohon pelajar tersebut mengambil semula ujian dengan menggunakan soalan yang sama. Malangnya hampir satu jam setengah, pelajar tersebut gagal menghantar kertas ujian yang saya berikan. Rupa-rupanya dia hanyamampu menjawab empat soalan sahaja daripadatiga puluh soalan.

5. Selepas tamat masa ujian, saya memberi peluang kepada pelajar tadi membuat semakan kepada kertas-kertas ujian yang telah saya tanda. Kalau-kalau terjumpa kertas jawapan beliau. Kebetulan dia jumpa kertas soalan itu dan mendapat markah 29/30. Bayangkan selepas tempoh seminggu, berlakunya penghakisan ilmu yang sangat ketara. BETUL Ke?

Senaman Sakit Pinggang

Info yang saya paparkan di sini diambil daripada Blog Mohd Shubhi. Diharapkan info ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca. Kredit juga saya berikan kepada Mohd Shubhi di atas daya usaha yang telah dibuat demi kesihatan fizikal dan mental pembaca.

Apakah anda sedang sakit pinggang?

Jika jawapannya adalah 'Ya!', saya yakin kemungkinan besar umur anda adalah di antara 30 ke 50 tahun. Ini disebabkan mereka yang mula mengalami rasa sakit pinggang atau tulang belakang bahagian bawah ini hanya setelah berumur antara 30 ke 50 tahun.

Kembali kepada anda yang sedang mengalami masalah sakit pinggang, saya ada petua senaman untuk melegakan sakit pinggang tersebut dan seterusnya membetulkan semula masalah pinggang dan tulang belakang bahagian bawah anda.

Dari Mana Saya Dapat Senaman Melegakan Sakit Pinggang Ini


Sama macam anda, saya mula sakit pinggang sejak usia meningkat. Rasa sakit itu bermula apabila saya mengangkat seguni beras dan cuba menghayunkannya naik atas lori.

Tiba-tiba terdengar satu bunyi letupan yang kuat di dalam badan saya pada bahagian pinggang atau tulang belakang bahagian bawah. Selepas itu saya jadi senget dan tidak dapat berdiri tegak.

Rasa sakit pinggang itu cukup menyiksakan. Semua posisi tidak kena. Berdiri sakit, duduk sakit dan berbaring juga sakit. Saya terpaksa menyengetkan badan untuk kurangkan rasa sakit tersebut.

Maka bermulalah pencarian tukang urut yang pandai betulkan tulang belakang. Sebenarnya urut tulang belakang ini bukanlah boleh main-main. Orang yang betul-betul arif saja yang mampu melakukannya. kalau setakat belajar urut urat, tak payah nak tunjuk pandai betulkan tulang belakang.

Nasib saya baik apabila seorang kawan membawa saya berjumpa seorang pandai urut tulang yang dipanggil Wak. Dia tinggal di Kawasan Gombak. Menurut kawan saya, Wak memang cukup pandai betulkan tulang.

Jika orang nak bergaduh di kawasan itu, mereka akan pastikan Wak ada terlebih dahulu kalau-kalau nanti ada berlaku masalah patah atau terseliuh. Jika Wak ada di rumah tak ke mana-mana, mereka dengan senang hati bertumbuk atau bergaduh...ada orang boleh betulkan nanti. Itulah yang diceritakan pada saya.

Oleh kerana tak tahan sakit, saya pergi berjumpa dengan Wak. Alhamdulillah, hasil urutan Wak membetulkan tulang belakang saya membuatkan saya lega dan boleh menegak semula. Wak kata tak perlu risau lagi, semua dah ok dan saya boleh melompat ikut suka hati kerana dah diperbetulkan.

Tetapi masalah pinggang sakit itu akan datang sekali sekala bila saya silap duduk atau berjalan terlalu lama. Nampaknya urutan Wak tidak membuatkan sakit pinggang saya hilang terus. Masih ada masalah rupanya.

Sejak itu saya amat peka mencari pendekatan bagaimana cara nak betulkan tulang belakang atau pinggang yang suka sakit.

Dipendekkan cerita saya terjumpa buku lama berbahasa inggeris yang ditulis oleh seorang pakar tulang belakang di Britain. Tanpa berlengah saya terus beli dan balik rumah untuk membacanya. Dari situlah saya mendapat petua senaman ini yang ternyata cukup mujarab melegakan terus semua masalah sakit pinggang saya selama ini.

Lihat Cara Senaman Melegakan Sakit Pinggang Di Bawah Ini Untuk Diamalkan

Senaman #1

Ini senaman pertama yang paling mudah jika anda betul-betul sakit pinggang sampai tak boleh berdiri lama atau duduk lama. Senaman ini nampak mudah saja dan memang mudah dilakukan jika anda tak sakit pinggang.

Namun begitu jika anda sedang mengalami sakit pinggan yang serius, senaman mudah ini agak menyakitkan pada mula ianya diamalkan. Jangan risau kalau sakit teruskan mengamalnya sehingga rasa sakit lega kembali.

Baring seperti posisi yang anda lihat di gambar atas. Pastikan kedua-dua tangan anda rapat ke lantai dan begitu juga seluruh badan sehingga kepala anda turut sama rapat.

Angkat kaki seperti dalam gambar. Kemudian dengan keadaan badan anda cuba menekan lantai kemutkan otot punggung anda naik ke atas tanpa menggerakkan mana-mana anggota lain selain dari anggota atau otot punggung anda.

Latihan atau senaman ini akan melegakan rasa sakit pinggang sedikit demi sedikit. Lakukan kemutan selama 10 saat tahan dan lepaskan semula. Ulang sebanyak 10 kali dan boleh berehat. Selepas itu anda boleh lakukan semula senaman tersebut dalam jarak satu atau dua jam selepasnya.

Amalkan senaman mudah ini sehingga anda mula rasa lega dan jangan berhenti walaupun setelah pinggang tidak lagi ada rasa sakit. Jadikan ini satu senaman rutin setiap hari untuk melegakan rasa lenguh atau sakit pinggang anda.

Ok, ambil petua itu dulu. Saya akan buat artikel kedua selepas ini untuk senaman yang lain pula untuk melegakan sakit pinggang anda. Ada banyak senaman sebenarnya. Tetapi insyaallah saya akan berikan hanya yang paling mujarab berdasarkan apa yang telah saya praktikkan.

4 Lagi Senaman Melegakan Sakit Pinggang Untuk Diamalkan

Bagi mereka yang mengalami sakit pinggang teruk akan merasa sukar melakukan senaman pertama walaupun senaman tersebut nampaknya amat mudah. Jika anda tidak mempunyai apa-apa masalah sakit pinggang, senaman itu mudah macam makan kacang.

Selesai melakukan senaman pertama berulang kali, anda boleh cuba mencuba senaman yang saya senaraikan di bawah ini. Buat mana-mana satu yang tidak mendatangkan kesakitan yang teruk pada pinggang anda satu demi satu.

Senaman #2



senaman sakit tulang belakang

Selesai senaman pertama, kekalkan kedudukan anda dan cuba pula buat senaman seperti berikut. Angkat kaki perlahan-lahan seperti dalam gambar. Kemudian gunakan kedua-dua belah tangan memegang bahagian paha dan tarik perlahan-lahan sehingga lutut mencecah dada.

Pastikan anda cuba kekalkan kedudukan badan sentiasa rapat pada lantai untuk mendapatkan kesan yang maksima terhadap regangan tulang belakang pada bahagian pinggang. Tarik dan cuba bawa lutut pada arah dada serapat mungkin dan kekalkan keadaan itu dengan kiraan 10 ke 15 saat.
senaman sakit tulang belakang

Setalah itu turunkan kaki perlahan-lahan ke bawah semula dan rehat sebentar. Ulang lagi gaya menaikkan kaki ke arah dada seperti tadi dengan kiraan yang sama dan lepas kam semula. Anda perlu mengulang aksi tersebut dalam jumlah lebih kurang 10 kali sebelum berhenti.

Senaman #3


Selesai melakukan senaman #2 di atas, kekalkan kedudukan terlentang dengan keadaan posisi awal seperti senaman pertama. Kali ini anda perlu membetulkan semula kedudukan tulang belakang bahagian bawah jika ada sedikit gelinciran berlaku.

Berhati-hati melakukan senaman ini kerana jika anda ada masalah sakit pinggang yang teruk akibat disk atau ruas tulang belakang yang tergelincir, ia boleh mendatangkan kesakitan. Lagipun, jika disk tergelincir teruk, anda sebenarnya perlu mendapatkan rawatan pakar.

Dengan keadaan tangan rapat pada lantai kedua-duanya dan belakang badan juga rapat pada lantai, turunkan kaki anda perlahan-lahan ke kanan. Biarkan sampai kaki anda mencecah lantai dalam masa yang sama kekalkan anggota badan dan tangan keseluruhannya rapat pada lantai.

Seteleh turunkan ke bawah, berhenti dan kira 10 saat. Kemudian angkat semula perlahan-lahan pada posisi asal dan tunggu sebentar.

Selepas itu, turunkan pula pada arah kiri dan tahan dalam kiraan 10 saat dengan keadaan yang sama macam saya sebutkan di atas, dan naik semula. Anda perlu ulang sehingga 10 kali dalam kedua-dua arah iaitu 10 kali ke kiri dan 10 kali ke kanan.

Senaman #4


Selesai kesemua senaman pertama, kedua dan juga ketiga. Anda akan melakukan satu lagi senaman yang agak mencabar. Walaupun nampak sukar tetapi ia amat melegakan bagi mereka yang ada masalah lenguh atau sakit pinggang.

Pusingkan keseluruhan badan anda dalam keadaan meniarap seperti yang ditunjukkan pada gambar. Angkah tangan seperti posisi dalam gambar. Dengan keadaan keseluruhan kaki sampai paras pinggang anda melekat pada lantai, tolak badan naik perlahan-lahan ke atas sehingga tangan anda menegak lurus.

Pastikan ianya dilakukan secara perlahan agar tidak mencederakan diri anda sendiri. Jika anda sakit terus hentikan dahulu dan jangan buat senaman ini. Jika boleh tahan, naik setinggi mana yang boleh dan kekalkan pada posisi teratas selama 10 saat.

Selepas itu turun semula perlahan-lahan dan rehat sebentar. Naik semula ke atas perlahan-lahan dan tahan selama 10 saat dan turun semula. Ulang senaman tersebut sebanyak 10 kali lagi.

Senaman #5


Setelah selesai melakukan senaman ke empat di atas tadi, cuba pula senaman kelima dan terakhir ini. Senaman ini ada gaya seperti senaman harimau yang membetulkan tulang belakangnya dan amat mujarab melegakan sakit pinggang tahap maksimum.

Anda akan rasa sakit dan tidak selesa pada permulaan melakukannya. Itu tandanya masih ada masalah lagi pada pinggang anda. Tak apa, lakukan secara perlahan-lahan sehingga senaman ini menjadi mudah dan amalkan selalu.
senaman sakit belakng

Caranya adalah duduk seperti kedudukan harimau atau kucing. Pastikan paha tegak 90 darjah dan begitu juga kedua-dua tangan anda. Kemudian mulanaikkan keseluruhan bahagian badan atau perut anda ke atas setinggi mungkin dengan keadaan kepala anda menunduk ke bawah. Tahan di situ dalam kiraan 10 saat.

Selepas itu turunkan semula badan atau perut anda perlahan-lahan ke bawah dan dalam masa yang sama tonggekkan punggung setinggi mungkin serta naikkan atau dongak kepala anda seatas mungkin. Kekalkan posisi paling tinggi dan tahan selama 10 saat kemudian naik semula badan anda seperti mula tadi perlahan-lahan.
senaman sakit tulang belakang
Perhatian!!!, jika anda perempuan, jangan lakukan senaman ini di hadapan suami anda!!!

Ulang senaman itu ke atas dan kebawah sepuluh kali secara perlahan-lahan dan jika rasa sakit dah hilang, boleh kalau ak cepat sedikit. Senaman ini memang best. Jika ada lenguh atau sakit pinggang, melakukan senaman ini sahaja berulang-ulang dapat memberikan kelegaan.

Ulang Kesemua Senaman Melegakan Sakit Pinggang


Begitulah 5 cara senaman untuk melegakan sakit pinggang yang boleh dilakukan sendiri di rumah. Jika anda sakit pinggang, buat kesemua senaman satu persatu dalam tempoh satu jam sekali atau dua jam sekali.

Biasanya sakit pinggan dan rasa kurang selesa pada pinggang anda akan hilang terus dalam tempoh satu hari sahaja. Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan atau saudara mara anda yang berumur antara antar 30 ke 50 tahun.

Wednesday, April 30, 2014

Resam Hidup

As salam semua.

1. Esok hari Khamis bersamaan 1 Mei 2014. Hari tersebut merupakan Hari Pekerja di Malaysia. Hari Pekerja disambut setiap tahun di Malaysia. Selamat hari Pekerja kepada semua pekerja di Malaysia samada bekerja di sektor awam mahupun di sektor swasta. Pada tahun ini, dua daripada anak saya telah bergelar pekerja. Alhamdulillah, semoga rezeki Muhammad Mu'adz dan Muhammad Fuad diberkati dan dirahmati oleh Allah s.w.t.

2. Dua hari lepas, Ummi Raziah telah memaklumkan kepada saya tentang keputusan permohonan rayuan Muhammad Na'im dan Muhammad Fahmi untuk mendapat pinjaman pelajaran SUK Selangor.Alhamdulillah permohonan rayuan tersebut telah berjaya. Walaupun, ianya berbentuk pinjaman tetapi iaa mempunyai kelebihan tersendiri berbanding pinjaman PTPTN. Walaupun pinjaman PTPTN diterima tetapi Muhammad Fahmi telah membayaar balik pinjaman tersebut. Kelebihan pinjaman pelajaran SUK Selangor ialah ianya tidak dikena riba atau interest. Berapa banyak yang dipinjam dan jumlah yang sama dikembalikan. Jika dapat keputusan peperiksaan akhir pengajian yang baik, potongan dengan kadar 25%, 50%, 75% akan diberikan dan jika dapat Ijazah kelas pertama, bayaran balik dikecualikan.

3.  Hari ini, Muhammad Mu'azd menerima panggilan telefon daripada Pakcik Zul yang berkerja di Pulau Pinang. Pakcik Zul meminta supaya Muhammad Mu'adz menelefon seseorang bagi tujuan permohonan pekerjaan. Setelah menelefon, Muhammad Mu'adz mendapati lelaki yang dihubungi itu merupakan kenalan pakcik yang berkerja di Toyota. Melalui perbincangan dengan rakan Pakcik Zul itu, Muhammad Mu'adz diminta menghadiri satu sesi temuduga di Pejabat Toyota Cawangan Batu 5, Jalan Cheras. Kuala Lumpur pada hari Rabu 7 Mei 2014. Semoga Muhammad Mu'adz berjaya dalam sesi temuduga tersebut bagi jawatan Supervisor atau Sale Advisor, mana satu kurang pasti sebab masa Muhammad Mu'adz menelefon suara rakan pakcik itu kurang jelas yang didengar ialah perkataan hujungnya iaitu 'sor'. Apa-apa pun semuanya terpulang kepada Muhammad Mu'adz dan tawaran yang bakal diterima.

4. Salam dari kami sekeluarga.

Sunday, March 30, 2014

Ahad Malam Isnin

Assalam.

1. Bersyukur keHadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya saya dapat mencoretkan beberapa coretan ringkas mengenai perkara-perkara yang signifikan berlaku dalam kehidupan saya sekeluarga. Pada hari Jumaat, anak-anak saya iaitu Muhammad Na'im dan Muhammad Fahmi telah berjaya menjalani sesi temuduga bagi pinjaman pendidikan Negeri Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Shah Alam. Semoga permohonan dan sesi temuduga itu berjaya dan berjaya mendapat pinjaman pendidikan tersebut. Kelebihan penjaman pendidikan tersebut ialah peminjam tidakdibebankan dengan riba. Sebanyak mana yang dipinjam sebanyak itu juga dipulangkan dengan jumlah ansuran yang tertentu. Tidak seperti pinjaman pendidikan PTPTN. Setiap peminjam dikenakan yuran perkhidmatan dengan kadar yang tertentu (saya tidak pasti berapa kadar tersebut). Saya sangat berharap agar Kerajaan Negeri Selangor dapat menambah bilangan penerima pinjaman pendidikan tersebut daripada 1000 orang setahun kepada 2500 orang setahun. Jumlah pelajar yang mendapat pinjaman ini perlu ditambah supaya mereka tidak terlibat dengan sistem pinjaman pendidikan yang membebankan dikemudian hari. ini bermakna jumlah penerima bagi setiap kumpulan ialah 1250 orang. Pihak SUK melalui Baahagian Pengurusan Sumber Manusia di Bawah Cawangan Pinjaman Pendidikan memberi bantuan pinjaman sebanyak dua kali setahun. Di mana setiap pemohon perlu mengisi borang secara dalam talian dan diproses secara dalam talian juga. Pemohon yang berjaya akan dipanggil temuduga. Pemohon yang berjaya dipanggil temuduga dinilai berdasarkan tiga kriteria utama iaitu pencapaian akademi, pendapatan keluarga dan temuduga. Selepas sesi temuduga barulah diumumkan siapa yang berjaya dan siapa yang tidak berjaya. Proses temuduga bukan sahaja berjalan di Shah Alam tetapi juga di kampus-kampus lain yang jauh dari Shah Alam seperti di Universiti Sains Malaysia (USM), PulauPinang.

2. Muhammad Fahmi yang balik untuk menghadiri sesi temuduga telah bergerak semula ke Kota Bharu pada pagi hari Sabtu (29 Mac 2014) pada jam 8.00 pagi dengan menaiki bas express Mahligai di Hentian Klang Sentral, Jalan Meru. Klang. Minggu depan dia akan balik bercuti sempenan cuti pertengahan semester.

3. Pada hari Ahad, Siti Nadiah pula menamatkan cuti antara tahun pengajian. Siti Nadiah telah berjaya menyambung pengajian dalam tahun tiga jurusan perubatan di RCMP, Ipoh. Perak. Saya telah menghantar Nadiah ke Tol Shah Alam baagi menunggu rakannya dari Puchong. Dia akan menumpang kawannya bernama Ain untuk bergerak ke Ipoh. Masa yang dijanjikan ialah pukul 9.30 pagi. Saya memberhentikan kereta di Stesen Minyak Petronas yang terletak betul-betul selepas Tol Shah Alam. Pesan saya kepada Nadiah, sentiasa bersikap positif yang kita pandai dan Allah telah menggerakkan kita untuk berada dalam kelompok orang-orang yang pandai. Cuma dalam kelompok orang-orang yang pandai terlihat beberapa orang yang dianggap kurang pandai. Apabila kita terasa diri kita kurang pandai dan jika dibiarkan perasaan itu, perasaan itu akan meembawa kepada perasaan rendah diri dan akhirnya akan memberi kesan negatif kepada kita. Oleh itu, saya berpesan kepada Nadiah, letakkan sasaran untuk mencapai kedudukan orang yang berada dalam lingkungan 50 pelajar terbaik dalam peperiksaan akhir setiap tahun. Insya Allah Siti Nadiah berjaya dengan izin Allah. Amin.

4. Secara umumnya, kesemua anak-anak sayang berada di rumah pada hujung  minggu ini cuma masa tidak menemukan mereka semua. Saya bercadang untuk belanja anak-anak saya makan malam di Restoran Chan Abdullah tapi tidak berjaya kerana perancangan saya tidak sama dengan perancangan anak-anak. Saya akan cuba di waktu yang lain. Apabila anak-anak meningkat dewasa, masa untuk bersama anak-anak secara serentak selalunya perlu dirancang dengan teliti jika tidak ianya sukar untuk dilaksanakan. 

Wednesday, March 26, 2014

8 Jam

As salam.

1. Hari ini hari Rabu. Setiap hari Rabu, saya mengambil giliran mengajar di Puncak Alam. Jadual mengajar di Puncak Alam memang penuh dan padat. Bayangkan jadual mengajar saya bermula dari 8.30 pagi hingga 10.30 pagi bagi sesi pertama. Diikuti dengan sesi kedua bermula pada pukul 10.30pagi hingga 12.30 tgh. Selepas berehat selama 1jam 30 minit, saya memulakan sesi ketiga pada pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang. Itu jadual biasa tanpa ada masa tambahan. Hari ini, sabgi sesi kedua, kelas saya tamat pada pukul 1.00 ptg sebab ada masa tambahan. Jadinya, masa rehat saya hanya tinggal 1 jam sahaja. Masa 1 jam itu perlu diisi dengan sesi makan tengah hari di Kafe Rafflesia dan solat Zuhur di FSK 234. Kesemuanya perlu dilakukan sebelum jam 2 petang. Walaupun, pada peringkat awal sesi ketiga, saya terasa penat namun saya gagahi juga mengajar sambil berdiri tapi dengan bantuan mikrofon. Penggunaan mikrofon telah membantu saya dari bercakap kuat dan ianya memenatkan. Alhamdulillah, pelajar-pelajar yang hadir pada sesi sebelaah petang merupakan pelajar yang baik dan tidak banyak masalah untuk memahami lecture saya. 

2. Apabila balik ke rumah, keadaan saya yang penat telah mendapat perhatian yang baik daripada isteri saya. Beliau menawarkan untuk memberi khidmat menyediakan air panas bercampur garam bukit dan seterusnya menrendamkan kaki saya ke dalam bekas yang berisi air panas yang dicampur dengan garam bukit. Berkat khidmat isteri, saya rasa ada kelegaan. Alhamdulillah.

3. Selepas itu, saya naik ke bilik untuk berehat sambil menghadap laptop.

4. Saya telah mendapat khidmat yang baik dari isteri, semoga Allah membalas khidmat isteri saya itu dengan ganjaran yang terbaik. Insya Allah.

Change it up

As salam.

1. Ketika semua orang terpaku dan tersandung akibat berita yang hebat dan mendukacitakan iaitu isu kehilangan pesawat kapalterbang Malaysia Airline System (MAS) yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China. Kehilangan pesawat komersial itu diklasifikasikan hilang kerana tidak diketahui khabar berita mengenai terputusannya hubungan antara pesawat komersial itu dengan pusat hubungan trafik yand dikendalikan oleh Jabatan Penerbangan Malaysia di Subang, Selangor. Saya menemui surat khabar lama terbitan STAR. Akbar tersebut bertarikh 1 Mac 2014 (Sabtu) dan ruangan yang menarik perhatian saya ialah mystarjob.com dan isu yang menarik ialah mengenai 'change'.

2. Sebelum itu, saya ingin berkongsi pandangan seorang pengguna FB yang mencatatkan pengalaman dan pandangannya mengenai suatu pekerjaan. Pada satu pagi, terdapat sepasang suami isteri yang berkerja sebagai penyapu sampah. Pasangan suami isteri itu berkerja menyapu sampah di tepi jalan dengan dibantu oleh seorang anak lelaki dalam lingkungan umur 12 tahun. Budak tersebut sangat tekun menolong dan membantu ibu bapanya berkerja. Ketekunan dan bantuan yang diberi kepada kedua ibu bapa telah mendorong dan terdetik kalangan yang menyaksikan peristiwa itu menghulurkan bantuan berbentuk minuman kerana cuaca panas ketika ini. Setiap kali budak itu mendapat sumbangan air  minuman dai akan menciumnya dan memaklumkan kepada kedua ibubapanya. Baiknya budak itu. Semoga budak itu akan sentiasa menolong dan membantu kedua ibubapanya sehingga akhir umur. ISU - adakah kita akan memiliki anak yang sanggup membantu dan meringankan kerja kedua ibubapanya atau anak akan menjadi tuan kepada kedua ibubapanya. KITA SENDIRI BOLEH MENJAWAB PERSOALAN YG TIMBUL kerana kita yang melakukannya.

3. "The world as we have created it is a process of our thinking. It cannot be change without changing our thinking." - Albert Einstein.

4. Menurut Hui Yi-Wen (The Star, Saturday; 1 Mac 2014), perubahan merupakan suatu perkara yang tidak dapat dielakkan, perlu tetapi menyakitkan terutama dalam zaman pasca kemerdekaan. Dalam zaman pasca kemerdekaan bukan manusia sahaja yang berubah sikap, tingkahlaku dan perangai tetapi struktur alam juga berubah. Baru-baru ini diwartakan tanah bumi anbiah Arab Saudi dan Negara-negara Islam disekitarnya mengalami cuaca sejuk sehingga ada yang mengalami salji. Di Malaysia, perubahan cuaca daripada cuaca panas khalulistiwa kepada cuaca sejuk telah dicatatkan di Kelantan terutama di daerah Kuala Krai. Allah maha besar dan maha tinggi kurnia dan ciptaanNya.

5. Berbalik kepada isu perubahan, perubahan yang dimaksudkan ialah perubahan dalam lingkaran yang berkaitan dengan kerjaya. Perubahan ialah suatu yang berlaku secara semulajadi tetapi perubahan itu membawa kesan negatif atau positif kepada persekitarannya termasuk dalam kerjaya.

6. Dalam bidang kepimpinan dan perubahan pengurusan, subset kepada perubahan ialah transformasi.


Tuesday, March 25, 2014

Selasa

As salam.

Gelagat manusia. Gelagat manusia dilihat dari empat sudut. Akal, fizikal, emosi dan tingkahlaku. Apa itu gelagat? Perlu ke didefinisikan gelagat. Kenapa bersusah payah untuk mendefinisikan gelagat. Menurut kamus orang kampung, gelagat merujuk kepada aksi atau kelakuan seseorang. Gelagat orang kaya tak sama dengan gelagat orang miskin. Gelagat penjawat awam tak sama dengan gelagat pekerja swasta. Gelagat boss tak sama dengan gelagat pekerja bawahan.

Hari ini, saya menghubungi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang terletak di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam. Saya menelefon bahagian tersebut banyak kali melalui nombor telefon yang diberikan. Malangnya tidak berangkat. Puas juga saya menelefon, kalau dikira lebih kurang empat atau lima kali. Setiap kali telefon, nada dering berbunyi dan saya menunggu jawapan sehingga nada dering itu berhenti. Begitulah gayanya saya menghubungi bahagian tersebut bagi bertanyakan perihal pinjaman pendidikan Negeri Selangor bagi anak saya Muhammad Na'im dan Muhammad Fahmi. Keputusan rasmi yang dikeluarkan menyatakan anak-anak saya gagal dipaanggil temuduga.Jika gagal dipanggil temuduga bermakna tiada peluang langsung untuk mendapatkaan pinjaman pendidikan tersebut. Selepas saya menghubungi no talian yang diberi, panggilan saya berjawab dan saya pun mengutarakan perihal mengenai pinjaman pendidikan tersebut kepada yang menjawab telefon saya. Selepas saya mengemukakan masalah saya, beliaau mencadangkan saya menghubungi ketua beliau. Buat masa itu, ketua beliau tiada di pejabat dan dia meminta saya menelefon ketua beliau pada jam dua petang.

Atas kesibukan diri dan tugas, saya menelefon ketua yang dimaksudkan oleh orang yang menjawab panggilan telefon saya tadi pada pukul 3.30 petang. Selepas, dapat menelefon, ketua tersebut, saya pun memperkenalkan diri dan bertanyakan dengan siapa saya bercakap. Saya bercakap dengan Pn. Nor Izzah. Begitulah bunyinya tapi saya kurang pasti ejaannya. Jawatannya Penolong Setiausaha, Seksyen Biasiswa dan Pinjaman Pendidikan. Selepas berbual dan menghulurkan surat rayuan yang sememangnya sudah lama saya nak menhantar tetapi tak pasti kepada siapa. Kini surat rayuan itu sudah berada di tangan orang yang sepatutnya. Begitu mudah rupanya berurusan dengan orang yang betul. Beliau memberi sokongan kepada rayuan saya itu dan berjanji akan memajukan surat rayuan serta sokongan beliau kepada pihak atasan iaitu Datuk SUK, begitulah katanya. Saya bertanyakan bilakah temuduga akan diadakan dan adakah dia akan menghubungi saya semula. Katanya, temuduga dijangka akan diadakan pada hari Jumaat atau Sabtu dan beliau akan menghubungi anak-anak saya jika jawapannya positif.

Saya pun memaklumkan kepada Muhammad Na'im dan Muhammad Fahmi tentang surat rayuan yang telah saya hantar dan bersedia jika ada panggilan telefon mengenai urusan temuduga tersebut. Selepas solat Isyak, saya dan isteri pun keluar rumah atas urusan membayar bil di CIMB Setia Alam. Setelah tiba di CIMB Setia Alam, saya dapati suasana di ATM nya tidak kondusif, maka saya berpindah ke CIMB Bandar Baru Klang. Alhamdulillah, urusan saya beres dan berjalan lancar. Setelah sampai di rumah, Muhammad Na'im memaklumkan beliau terlepas pandang panggilan telefon yang bernombor 0355212000. Oleh kerana nombor pangkalnya 5521 maka saya mengesyaki, panggilan itu dari pejabat yang saya berurusan tadi. Tetapi mengikut jam, panggilan itu dibuat pada jam 7.01 malam. Macam tak percaya. Saya pun membuka laman web urusan pinjaman pendidikan Negeri Selangor. Setelah memasukan username dan password, keputusan yang ditunjukkan adalah berbeza daripada sebelum ini. Sebelum ini, keputusan menunjukkan jawapan TIDAK BERJAYA tetapi pada kali ini jawapannya BERJAYA. Alhamdulillah. Kedua-dua anak saya berjaya dipanggil temuduga bagi urusan pinjaman pendidikan Negeri Selangor. Terima kasih Pn. Nor Izzah atas bantuan dan sokongan anda.