Tuesday, March 25, 2014

Selasa

As salam.

Gelagat manusia. Gelagat manusia dilihat dari empat sudut. Akal, fizikal, emosi dan tingkahlaku. Apa itu gelagat? Perlu ke didefinisikan gelagat. Kenapa bersusah payah untuk mendefinisikan gelagat. Menurut kamus orang kampung, gelagat merujuk kepada aksi atau kelakuan seseorang. Gelagat orang kaya tak sama dengan gelagat orang miskin. Gelagat penjawat awam tak sama dengan gelagat pekerja swasta. Gelagat boss tak sama dengan gelagat pekerja bawahan.

Hari ini, saya menghubungi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang terletak di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam. Saya menelefon bahagian tersebut banyak kali melalui nombor telefon yang diberikan. Malangnya tidak berangkat. Puas juga saya menelefon, kalau dikira lebih kurang empat atau lima kali. Setiap kali telefon, nada dering berbunyi dan saya menunggu jawapan sehingga nada dering itu berhenti. Begitulah gayanya saya menghubungi bahagian tersebut bagi bertanyakan perihal pinjaman pendidikan Negeri Selangor bagi anak saya Muhammad Na'im dan Muhammad Fahmi. Keputusan rasmi yang dikeluarkan menyatakan anak-anak saya gagal dipaanggil temuduga.Jika gagal dipanggil temuduga bermakna tiada peluang langsung untuk mendapatkaan pinjaman pendidikan tersebut. Selepas saya menghubungi no talian yang diberi, panggilan saya berjawab dan saya pun mengutarakan perihal mengenai pinjaman pendidikan tersebut kepada yang menjawab telefon saya. Selepas saya mengemukakan masalah saya, beliaau mencadangkan saya menghubungi ketua beliau. Buat masa itu, ketua beliau tiada di pejabat dan dia meminta saya menelefon ketua beliau pada jam dua petang.

Atas kesibukan diri dan tugas, saya menelefon ketua yang dimaksudkan oleh orang yang menjawab panggilan telefon saya tadi pada pukul 3.30 petang. Selepas, dapat menelefon, ketua tersebut, saya pun memperkenalkan diri dan bertanyakan dengan siapa saya bercakap. Saya bercakap dengan Pn. Nor Izzah. Begitulah bunyinya tapi saya kurang pasti ejaannya. Jawatannya Penolong Setiausaha, Seksyen Biasiswa dan Pinjaman Pendidikan. Selepas berbual dan menghulurkan surat rayuan yang sememangnya sudah lama saya nak menhantar tetapi tak pasti kepada siapa. Kini surat rayuan itu sudah berada di tangan orang yang sepatutnya. Begitu mudah rupanya berurusan dengan orang yang betul. Beliau memberi sokongan kepada rayuan saya itu dan berjanji akan memajukan surat rayuan serta sokongan beliau kepada pihak atasan iaitu Datuk SUK, begitulah katanya. Saya bertanyakan bilakah temuduga akan diadakan dan adakah dia akan menghubungi saya semula. Katanya, temuduga dijangka akan diadakan pada hari Jumaat atau Sabtu dan beliau akan menghubungi anak-anak saya jika jawapannya positif.

Saya pun memaklumkan kepada Muhammad Na'im dan Muhammad Fahmi tentang surat rayuan yang telah saya hantar dan bersedia jika ada panggilan telefon mengenai urusan temuduga tersebut. Selepas solat Isyak, saya dan isteri pun keluar rumah atas urusan membayar bil di CIMB Setia Alam. Setelah tiba di CIMB Setia Alam, saya dapati suasana di ATM nya tidak kondusif, maka saya berpindah ke CIMB Bandar Baru Klang. Alhamdulillah, urusan saya beres dan berjalan lancar. Setelah sampai di rumah, Muhammad Na'im memaklumkan beliau terlepas pandang panggilan telefon yang bernombor 0355212000. Oleh kerana nombor pangkalnya 5521 maka saya mengesyaki, panggilan itu dari pejabat yang saya berurusan tadi. Tetapi mengikut jam, panggilan itu dibuat pada jam 7.01 malam. Macam tak percaya. Saya pun membuka laman web urusan pinjaman pendidikan Negeri Selangor. Setelah memasukan username dan password, keputusan yang ditunjukkan adalah berbeza daripada sebelum ini. Sebelum ini, keputusan menunjukkan jawapan TIDAK BERJAYA tetapi pada kali ini jawapannya BERJAYA. Alhamdulillah. Kedua-dua anak saya berjaya dipanggil temuduga bagi urusan pinjaman pendidikan Negeri Selangor. Terima kasih Pn. Nor Izzah atas bantuan dan sokongan anda.

No comments: