Sunday, March 23, 2014

Ekspo Selangkah Ke UiTM

As salam.

Hari ini 23 Mac 2014 merupakan haari kedua Ekspo Selangkah Ke UiTM 2014 diadakan di Dewan Tuanku Canselor UiTM Shah Alam. Program ini merupakan rutin UiTM selepas keputusan STPM dan SPM 2013 diumumkan. Tujuan program ini ialah memberi pendedahan dan kefahaman kepada ibubapa dan pelajar mengenai program-program yang dijalankan di UiTM seluruh sistem. Umum berpendapat sambutan terhadap program ini pada tahun 2014 kurang sambutan berbanding tahun 2013. Andaiannya, ibubapa dan pelajar telah sedia maklum mengenai peluang-peluang belajar di UiTM dan program-program yang ditawarkan dan boleh dipohon.

Anak-anak saya semuanya telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan tidak seorang pun yang mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran di peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaaysia (STPM). Saya tidak memaksa mereka menyambung di peringkat STPM dan saya memberi peluang kepada mereka untuk memikirkan laluan pelajaran mereka di masa hadapan. Anak-anak hari ini merupakan anak-anak yang mempunyai maklumat dan citarasa mereka sendiri. Jika kehendak dan keinginan mereka ditahan atau di arah ke arah yang bertentangan keputusan yang dihasilkan adalah tidak membanggakan. Sejarah rakan-rakan telah membuktikannya. Pada petang tadi saya dimaaklumkan oleh seorang rakan tentang anak abangnya dari hal pelajaran. Anak abang krakan saya ini seorang lelaki dan memilih untuk menyambung pelajaran di politeknik. Selepas berjaya menyambung pelajaran di politeknik, anak abang rakan saya telah belajar dan belajar sehingga ke semester 06. Tapi malangnya, anak abang rakan saya tadi tidak meneruskan pengaajian di semester 06 dengan jayanya. Sebaliknya, dia tidak menyiapkan tugasan akademik yang diberikan semasa di semester 06. Dia meninggalkan pengajian di semester 06 dengan begitu sahaja. Selepas itu, dia balik ke rumah dan mendiamkan diri selama enam bulan.

Selepas enam bulan, baru dia membuka mulut untuk meyambung pengajian di peringkat diploma di Kolej Pelajaran MARA. Alhamdulillah, selepas menyambung pengajian di sana, dia telah mencapai keputusan yang membanggakan iaitu 4.0 bagi dua semester berturut-turut. Itulah karenah anak-anak di zaman moden ini.

Alhamdulillah, walaupun kelima-lima anak saya mengikuti kursus yang berlainan di peringkat ijazah sarjana muda tetapi mereka tetap berkongsi maklumat dan kefahaman. Anak saya yang pertama menamatkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sains Teknologi Polimer, anak yang kedua, menamatkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang. Anak ketiga masih belajar dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Pengurusan Operasi, adiknya dalam bidang perubatan dan yang bongsu dalam bidang senaman dan sains sukan. Kepelbagaian dan perbezaan mempunyai hikmah yang tersendiri. Yang penting mereka saling hormat menghormati dan menjadikan perbezaan itu satu rahmat dan peluang untuk berkongsi cerita. 

Anak-anak perlu dihargai dan dipandu bukannya di arah atau dipaksa. Hidup ini bagai satu pusingan roda. Hari ini, ibubapa menjaga mereka dan bila pusingan hidup berubah, anak-anak akan menjaga ibubapa. Jika hari ini anak-anal dihargai dan dipandu maka ketika mereka menjaga ibubapa, ibubapa akan dihargai dan dipandu pula. Itulah pusingan hidup. Sedarlah wahai manusia.

No comments: