Monday, February 27, 2012

Pemandangan yang indah


As salam.

1. Mata merupakan deria penglihatan yang dijadikan oleh Allah.s.w.t untuk melihat keindahan alam ciptaanNYA, namun dapat memandang sesuatu kita sering terpandang sesuatu yang lebih hebat dan mengkagumkan.

2. Lihat, gambar di atas. Paparan pemandangan yang indah. Tanpa kita sedari terdapat satu lagi pemandangan yang mengjagumkan. Adakah anda berjaya melihatnya. Perhatikan dan perhatikan. Kebesaran Allah.s.w.t

3. Manusia hanya nampak apa yang zahir sahaja. Manusia hanya nampak musibah atau mudarat sahaja. Manusia sering menyalahkan Allah s.w.t. di atas musibah yang menimpa diri tetapi, manusia atau kita seringkali gagal memahami sebab apa musibah itu diturunkan atau dikenakan ke atas kita.

4. Carilah hikmatnya. Semoga kita berjaya dan bersangka baik kepada Allah s.w.t

Sekian.

Sunday, February 26, 2012

ANAK-ANAK HARTA DUNIA

As salam.

1. Setiap kehidupan di muka bumi ini dijadikan berpasang-pasangan. Al hamdulillah dengan adanya pasangan lelaki - perempuan, maka wujudnya institui perkahwinan.
2. Pada tanggal 25 Dis. 1987, selepas solat Jumaat berlaku satu peristiwa iaitu majlis akad nikah antara Md. Sabri Mohamad dengan pasangannya Raziah bt. Ishak.
3. Kini, dikurniakan dengan LIMA orang anak dan hari ini, anak-anak tersebut sudah dewasa.
4. Nak, cerita tentang anak-anak lah kali ini.
5. Sewaktu kecil, anak-anak menunggu kita untuk makan, minum, mandi, nak berjalan-jalan dan sebagainya. Tetapi, apabila anak-anak sudah mula bersekolah, Ibu Bapa sibuk menyediakan makan pakai dan peralatan sekolah. Supaya anak-anak menapat kemudahan seperti anak-anak orang lain. Alhamdulillah, anak-anak telah tamat sekolah rendah semuanya. Masa membesarkan anak-anak dari kecil sehingga tamat persekolahan di peringkat rendah tidak terasa di kala umur semakin meningkat. Fasa pertama, membesarkan anak-anak sehingga berusia enam tahun. Alhamdulillah, telah lama tamat. Fasa kedua, menyediakan anak-anak dengan alam persekolahan di peringkat rendah. Juga telah tamat.
6. Peringkat yang paling kritikal iaitu, anak-anak mula belajar di peringkat menengah rendah. Semua, anak-anak saya melalui, zaman menengah rendah dengan rentak dan nada yang berbeza-beza. Untuk pengetahuan ibu-ibu, bapa-bapa, bakal-bakal ibu dan bapa, peringkat ini yang paling kritikal kerana anak-anak sudah mula melangkah keluar dari rumah tanpa iringan ibu bapa atas dasar anak sudah besar dan pandai menjaga diri.
7. Apabila anak-anak sudah besar dan pandai menjaga diri, tanpa ibu atau bapa yang mengiringinya ke sekolah, kini tempat tersebut telah diambilalih oleh kawan-kawan. Bukan seorang tetapi ramai. Anak-anak, adakalanya terpaksa ikut cakap kawan-kawan kerana takut kena pulau. istilah itu tidak ada pada ibu bapa. Ibu bapa tidak akan memulau anak-anak yang tak ikut cakap, tapi berkecil hati sahaja.
8. Zaman remaja, zaman anak-anak mencari jati diri dan idola diri. Kata ahli psikologi. Remaja sentiasa mencari diri mereka dalam diri orang lain dan ada masanya mereka tidak menyukai diri mereka sendiri. Mereka lebih tertarik, ciri-ciri yang ada dalam diri orang lain. Nak ikut macam orang lain. Nak jadi macam orang lain. Paling menyedihkan, mereka nak family orang lain dan tak mahu family sendiri. Alhamdulillah, semua, cabaran zaman remaja telah tamat, walaupun tidak sepenuhnya.
9. Zaman remaja, anak-anak saya lalui dengan cara yang berbeza-beza, yang tua, semasa tingkatan satu dan dua, tinggal bersama nenek dan bersekolah di SMA Hishamuddin, Kg. Jawa, Kelang dan semasa berada di tingkatan tiga, baru tinggal bersama saya dan adik beradik yang lain dan bersekolah di SMK Hamzah, Machang, kelantan. Cuma dua tahun, tinggal bersama dengan nenek. Semasa bersekolah di SMK Hamzah, Machang di tingkatan empat dan lima, mula menunjukkan peningkatan dan kebolehan.
10. Anak yang kedua, bersekolah di SMK Hamzah 2, Machang. Kelantan semasa mula-mula menduduki tingkatan satu. Setelah beberapa minggu, mula mendaftar sebagai pelajar MRSM Kuala Lipis. Pahang. Tiga tahun bersekolah di MRSM Kuala Lipis, setahun di MRSM Ghafar Baba, Jasin. Melaka dan setahun di MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan. Bayangkan perjalanan hidup anak saya yang kedua ini. Hidup penuh dengan cabaran.
11. Anak yang ketiga, mendapat sentuhan Kelantan. Pada peringkat awal berminat memasuki sekolah agama. Alhamdulillah berjaya mendapat tempat. Mula mendapat peluang di temuduga di Maahad Tahfiz, Pulai Chondong, Machang. tetapi gagal mendapat tempat. Tetapi berjaya mendapat tempat di Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu. Semasa, di Maahad Muhamadi, sempat menghafal beberapa surah dari al quran kesan daripada memasuki kelas tahfiz al quran. Alhamdulillah berjaya bersekolah di sana selama tiga tahun sehingga tingkatan tiga. Memasuki tingkatan empat, anak saya mula menunjukkan perasaan kurang gembira, kerana keputusan PMR yang diperolehi tidak cemerlang dan di tempatkan di kelas yang kebelakang.  Dia mohon supaya boleh berpindah ke sekolah lain. Kebetulan mendapat tempat di SM Teknik Tanah Merah dalam jurusan pengurusan perniagaan. Mulalah dia hidup sebagai pelajar SM Teknik di Tanah Merah selama dua tahun sehingga tamat tingkatan lima.
12. Anak ke empat dan ke lima, melalui zaman persekolahan yang hampir sama iaitu bersekolah di SMKA di Naim lil banat, Kota Bharu dan di Machang, Kelantan dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Tetapi anak yang kelima terpaksa berpindah ke sekolah lain semasa di tingkatan lima iaitu SMKA Kuala Selangor kerana pada tahun itu, kami sekeluarga telah berpindah ke Selangor dari Kelantan.
13. Tahun 2102, tahun pertama, saya tidak terlibat dengan alam persekolahan anak-anak di peringkat menengah rendah atau atas. Anak-anak semuanya telah tamat pengajian di peringkat menengah tingkatan LIMA.

Sekian.

Saturday, February 18, 2012

Jawatan Manusia

As salam.

1. Semua manusia umumnya berjawatan. Tak kira, jawatan itu dipohon atau diberikan secara aturan alam.
2. Memegang jawatan sebagai seorang anak, jawatan itu tidak pernah dipohon tetapi diberikan oleh aturan alaam.
3. Begitu juga dengan jawatan sebagai seorang ibu, bapa, atuk, nenek dan sebagainya seperti adik, kakak atau abang. Semua jawatan itu diberikan secara aturan alam yang dikuasai oleh Allah s.w.t
4. Umumnya pada fikiran manusia, untuk memegang sesuatu jawatan perlu ada kemahiran atau kebolehan kerana kemahiran atau kebolehan itu akan membantu seseorang itu berperanan mengikut jawatan yang dipegang atau disandang.
5. Jawatan sebagai manusia yang dikenali sebagai khalifah tentunya telah melalui proses yang panjang dan pengetahuan kita mengenai proses itu hanya sedikit sahaja. Apa yang kita maklum, sebelum kita menjadi manusia di muka bumi ini, Allah telah menetapkaan proses yang panjang. Alam roh, alam janin, alam nyata, alam kubur dan alam akhirat. Di mana untuk menjadi manusia, kita telah diajar dari alam roh lagi. Itu yang kita tahu.
5. Tetapi untuk menjadi anak, ibu, bapa, atuk, nenek, adik, kakak atau abang, siapa yang mengajar kita dan bagaimana kita harus berperanan. Untuk menjadikan boleh berperanan, sesungguhnya Allah itu Maha Memahami. Peranan kita bermula secara sedikit demi sedikit. Daripada anak yang baru lahir, tidak pandai mengurus diri kepada boleh bercakap, berjalan, bermain dan mengurus diri, semuanya diberikan secara sedikit demi sedikit. Sesuai dengan sifat manusia yang lemah. Natijah daripada itu, ajarkan anak-anak kita sesuatu perkara itu sedikit demi sedikit, satu demi satu dan yang mudah kepada perkara yang lebih sukar dan sukar. Kerana itu sifat manusia yang lemah.
6. Apa kaitan dengan tajuk pada hari ini. Iaitu Jawatan : Berjayakah Mengurus atau Menerima.
7. Ramai orang menerima sesuatu jawatan itu sebab jawatan itu telah diberikan kepada dia. Tetapi dia tidak boleh mengurus mengikut jawatan yang diberikan.
8. Jawatan seorang anak. Semua anak-anak menerima jawatan sebagai seorang anak. Semua anak menerima tawaran sebagai seorang anak. Semua anak menerima ibu dan bapa mereka berdasarkan jawatan itu pada kali pertama. Tetapi, persoalannya adakah seseorang anak itu berjaya mengurus jawatan sebagai seorang anak sehingga berjaya. Apa fail meja seorang anak mengikut kamus pentadbiran dan pengurusan, dengan kata lain apa maksud kerja-kerja yang perlu dilakukan sebagai seorang anak sama ada pada masa dahulu, sekarang atau pada bila-bila masa.
9. Jika dalam Islam ada rukun Islam dan rukun Iman sebagai tiang kepada agama, bagaimana dengan pokok perbicaraan kita. Rukun atau Tiang kepada kita untuk berperanan sebagai seorang anak.
10. Peranan seorang anak, pandangan umum. Pertama, Taat kepada perintah Allah dengan melaksanakan Rukun Islam dan Mementapkan Iman dengan menyakini rukun Iman dengan semantap-mantapnya. Kedua, Menerima diri ibu dan Bapa dengan seadanya. Ketiga, taat kepada ibu dan bapa seperti mana yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w iaitu jangan meninggikan suara kepada ibu dan bapa, walau apa keadaan sekali pun sama ada kita setuju atau tidak setuju dengan pandangan mereka. Keempat, bersifat menyenangkan dan membahagiakan hati ibu dan bapa kita dalam apa keadaan sekalipun. Kelima, sentiasa menghulurkan bantuan dan pertolongan kepada mereka atas sifatnya sebagai ibu dan bapa. Keenam dan yang paling penting pada waktu ini, jadilah anak-anak yang kepulangannya sentiasa dinanti dan pemergiaannya sentiasa didoakan oleh ibu dan bapa dalam perkara-perkara kebaikan dan kemaslahatan umumnya.
11. Hai, nampaknya macam berat untuk dilaksanakan. Lalu muncul dikotak pemikiran kita bagaimana peranan dan tanggugjawab ibu dan bapa terhadap anak-anak. Sabar, sabar, sabar. Kesabaran itu harta dunia yang paling mahal. Kita bicarakan satu perkara lepas satu perkara selesai. Sesuai dengan kaedah dan tatacara yang telah kita sebutkan di atas. Manusia itu lemah dan perlu dijelaskan satu persatu, sedikit demi sedikit.

Sekian. Wassalam  

Anak-anak Remaja

As salam. Selamat sejahtera kepada semua warga dunia.

1. Hebat, berfikiran seolah-olahnya kita nak bercakap kepada semua orang yang ada dalam dunia ini. Persoalannya, salahkah jika aku inginbercakap kepada semua orang dalam dunia ini.

2. Soalannya tentang apa? Bisa diatur. Kisah yang pernah diceritakan oleh ahli sejarah Islam iaitu kisah kaum yang diterbaliknya dari muka bumi iaitu Kaum Nabi Lut.

3. Ini kisah zaman silam. Apa pentingnya kepada pembangunan negara yang ingin mencapai Wawasan 2020 dan Negara Berpendapatan Tinggi. Bukankah mereka juga manusia yang turut serta dalam mencapai Wawasan 2020 dan Negara Berpendapatan Tinggi. Apa salahnya?

4. Persoalan tentang salah dan benar telah jelas TETAPI sifat dan perangai seperti kaum Nabi Lut ini masih ada dan telah diberi imej baru. Bagaimana nak menghapuskan mereka dan perangai mereka ini. Nampak macam sukarnya. Tapi perkara ini nampaknya serius tetapi tidak dipandang serius dan dipandang sepi.

5. Warga universiti pernah dikejutkan dengan perangai pelajar-pelajar mereka yang dikategorikan sebagai sotong. Tetapi kumpulan ini tetap bercambah dan seolah-olah telah berjaya merekrut ahli baru. Di mana peranan ahli masyarakat. Ibu bapa yang paling penting.

6. Anak-anak dan remaja, setiap ibu dan bapa sedar bahawa ketika mereka menyambut kelahiran bayi maka ada dua jantina bayi sahaja iaitu lelaki dan perempuan. Mereka tidak pernah terpikir, anak mereka mempunyai ciri-ciri jantina ketiga. Mereka bangga kerana anak mereka lelaki atau perempuan. Mereka sayang anak mereka sama ada lelaki atau perempuan.

7. Hari ini, ramai anak-anak remaja yang sayang ibu bapa mereka tetapi benarkah mereka sayang atau mereka sayang sebab ibu bapa tidak pernah melarang anak-anak mereka membuat sesuatu mengikut citarasa anak-anak itu sendiri.

8. Ibu bapa Islam tidak pernah membenarkan anak-anak mereka menyerupai perangai dan sifat-sifat seperti kaum Nabi Lut atau bersifat seperti sotong. Jika ada mana-mana anak-anak remaja yang boleh dikategorikan seperti sifat dan perangai Kaum Nabi Lut atau seperti sotong, Maka kasihanilah ibu bapa anda. Mereka tidak pernah redha dan setuju kerana Islam melarang dan memalukan diri mereka.

9. Kasihanilah ibu bapa kamu. Jangan menconteng arang di muka mereka. Ibu dan bapa anda tidak bersalah dan tidak berniat tetapi jika ia telah berlaku, bertaubat dan ingat ketika kita hidup carilah keREDHAAN Allah s.w.t

10. Biar HINA di mata manusia tetapi MULIA di sisi Allah s.w.t . Pilih jalan yang TENTUNYA membantu kita mencapai kebahagian hidup di DUNIA dan DIAKHIRAT.

Amin

Tuesday, February 7, 2012

Salam Sejahtera

1. Salam untuk semua. Baru berlalu sambutan Maulidur Rasul pada hari Ahad yang lalu.
2. Banyak ceramah dan program sempena sambutan tersebut tetapi berapa ramai yang mampu mengambil ikhtibar dan panduan daripada Nabi Muhammad s.a.w dalam perjalanan hidup mereka.
3. Ramai orang nak hidup dengan menjadikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Idola mereka tetapi bagaimana kerana kita tidak pernah bersama Rasulullah semasa hayatnya maka kita bergantung kepada panduan yang diberikan oleh para ulama yang ada pada hari ini.
4. Semoga ulama yang ada pada hari ini mampu menterjemahkan cara hidup Rasulullah kepada kita untuk kita ikuti.
5. Tadi di TV9, Ust Hassan Din Al Hafiz menyatakan terdapat umat Islam yang tidak dipandang oleh Allah s.w.t semasa hari akhirat nanti. Ada 3 golongan semuanya iaitu
                 i. anak-anak yang menderhaka kepada kedua ibu bapa mereka
                 ii. lelaki yang dayus
                 iii. perempuan yang menyerupai lelaki. tetapi Ust. Hassan menambah lagi, begitu 
                     juga sebaliknya iaitu lelaki yang menyerupai perempuan.

Amin.