Saturday, February 18, 2012

Jawatan Manusia

As salam.

1. Semua manusia umumnya berjawatan. Tak kira, jawatan itu dipohon atau diberikan secara aturan alam.
2. Memegang jawatan sebagai seorang anak, jawatan itu tidak pernah dipohon tetapi diberikan oleh aturan alaam.
3. Begitu juga dengan jawatan sebagai seorang ibu, bapa, atuk, nenek dan sebagainya seperti adik, kakak atau abang. Semua jawatan itu diberikan secara aturan alam yang dikuasai oleh Allah s.w.t
4. Umumnya pada fikiran manusia, untuk memegang sesuatu jawatan perlu ada kemahiran atau kebolehan kerana kemahiran atau kebolehan itu akan membantu seseorang itu berperanan mengikut jawatan yang dipegang atau disandang.
5. Jawatan sebagai manusia yang dikenali sebagai khalifah tentunya telah melalui proses yang panjang dan pengetahuan kita mengenai proses itu hanya sedikit sahaja. Apa yang kita maklum, sebelum kita menjadi manusia di muka bumi ini, Allah telah menetapkaan proses yang panjang. Alam roh, alam janin, alam nyata, alam kubur dan alam akhirat. Di mana untuk menjadi manusia, kita telah diajar dari alam roh lagi. Itu yang kita tahu.
5. Tetapi untuk menjadi anak, ibu, bapa, atuk, nenek, adik, kakak atau abang, siapa yang mengajar kita dan bagaimana kita harus berperanan. Untuk menjadikan boleh berperanan, sesungguhnya Allah itu Maha Memahami. Peranan kita bermula secara sedikit demi sedikit. Daripada anak yang baru lahir, tidak pandai mengurus diri kepada boleh bercakap, berjalan, bermain dan mengurus diri, semuanya diberikan secara sedikit demi sedikit. Sesuai dengan sifat manusia yang lemah. Natijah daripada itu, ajarkan anak-anak kita sesuatu perkara itu sedikit demi sedikit, satu demi satu dan yang mudah kepada perkara yang lebih sukar dan sukar. Kerana itu sifat manusia yang lemah.
6. Apa kaitan dengan tajuk pada hari ini. Iaitu Jawatan : Berjayakah Mengurus atau Menerima.
7. Ramai orang menerima sesuatu jawatan itu sebab jawatan itu telah diberikan kepada dia. Tetapi dia tidak boleh mengurus mengikut jawatan yang diberikan.
8. Jawatan seorang anak. Semua anak-anak menerima jawatan sebagai seorang anak. Semua anak menerima tawaran sebagai seorang anak. Semua anak menerima ibu dan bapa mereka berdasarkan jawatan itu pada kali pertama. Tetapi, persoalannya adakah seseorang anak itu berjaya mengurus jawatan sebagai seorang anak sehingga berjaya. Apa fail meja seorang anak mengikut kamus pentadbiran dan pengurusan, dengan kata lain apa maksud kerja-kerja yang perlu dilakukan sebagai seorang anak sama ada pada masa dahulu, sekarang atau pada bila-bila masa.
9. Jika dalam Islam ada rukun Islam dan rukun Iman sebagai tiang kepada agama, bagaimana dengan pokok perbicaraan kita. Rukun atau Tiang kepada kita untuk berperanan sebagai seorang anak.
10. Peranan seorang anak, pandangan umum. Pertama, Taat kepada perintah Allah dengan melaksanakan Rukun Islam dan Mementapkan Iman dengan menyakini rukun Iman dengan semantap-mantapnya. Kedua, Menerima diri ibu dan Bapa dengan seadanya. Ketiga, taat kepada ibu dan bapa seperti mana yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w iaitu jangan meninggikan suara kepada ibu dan bapa, walau apa keadaan sekali pun sama ada kita setuju atau tidak setuju dengan pandangan mereka. Keempat, bersifat menyenangkan dan membahagiakan hati ibu dan bapa kita dalam apa keadaan sekalipun. Kelima, sentiasa menghulurkan bantuan dan pertolongan kepada mereka atas sifatnya sebagai ibu dan bapa. Keenam dan yang paling penting pada waktu ini, jadilah anak-anak yang kepulangannya sentiasa dinanti dan pemergiaannya sentiasa didoakan oleh ibu dan bapa dalam perkara-perkara kebaikan dan kemaslahatan umumnya.
11. Hai, nampaknya macam berat untuk dilaksanakan. Lalu muncul dikotak pemikiran kita bagaimana peranan dan tanggugjawab ibu dan bapa terhadap anak-anak. Sabar, sabar, sabar. Kesabaran itu harta dunia yang paling mahal. Kita bicarakan satu perkara lepas satu perkara selesai. Sesuai dengan kaedah dan tatacara yang telah kita sebutkan di atas. Manusia itu lemah dan perlu dijelaskan satu persatu, sedikit demi sedikit.

Sekian. Wassalam  

No comments: