Monday, November 4, 2013

Salam Ma'al Hijrah


As salam kepada semua warga Malaysia.

1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana masih mengIzinkan hambanya ini menikmati kehidupan dan nikmat hidup di muka bumi ini.
2. Rasanya sudah lama tidak meletakkan jari untuk menaip bait-bait ayat di laman ini. Nikmat rasanya dapat menaip di laman ini. Banyak yang ingin dikhabarkan dan berkecamuk fikiran dalam meluah dan menitipkan bait-baik ayat. Semuanya nak keluar serentak namun jari yang manip cuma ada beberapa sahaja yang berfungsi yan lain hanya melihat dan mengangguk sahaja. Begitulah resam kehidupan. Banyak yang mengangguk dan banyak juga yang menjadi pendengar atau pengikut..
3. Dalam banyak-banyak cerita yang hendak dikhabarkan ialah kisah anak saya yang kedua, Muhammad Fuad. Fuad nama ringkas, nama glamour Fuad Dani Sabri. Entah mana datangnya nama Dani tu, saya pun tak tahu. Tak pernah terfikir pun untuk bertanya. Fuad baru selesai menjalani hari konvokesyennya pada 3 Oktober 2013 (Khamis) di Dewan Tuanku Canselor Universiti Malaya.
4. Gambar di atas di ambil selepas konvo di Bangunan Dewan Tuanku Canselor Universiti Malaya. Gambar Fuad bersama Abang Long, Isteri dan Saya. Tahniah kepada Muhammad Fuad bin Md. Sabri. Semoga Allah s.w.t memberkati segala ilmu perundangan yang dipelajari di Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya. Ilmu yang diperolehi itu pula dengan gunakan demi kemaslahatan dan kebaikan manusia amnya dan umat Islam khasnya. Semoga Allah memberkati hidup Muhammad Fuad sepanjang hidupnya. Ameen.
5. Hari ini Isnin 4 November 2013. Pada hari Sabtu 2 November 2013 yang lalu, saya mengambil kesempatan di atas keberadaan anak-anak di rumah untuk meraikan hari kelahiran Muhammad Mu'adz bin Md. Sabri 5 hari lebih awal. Hari lahir Muhammad Mu'adz ialah 7 November 2013 (Khamis). Kebetulan Siti Nadiah yang belajar di RCMP Ipoh & Muhammad Fahmi belajar di USM Kubang Kerian pulang bercuti. Siti Nadiah pula akan berangkat kembali ke RCMP Ipoh pada esok harinya iaitu Ahad 3 Nov 2013 maka sambutan itu dipercepatkan. Alhamdulillah, sambutan hari kelahiran Muhammad Mu'adz dapat disambut oleh seluruh ahli keluarga. Sambutan hari kelahiran Muhammad Fuad pada 17 Oktober 2013 tidak dapat disambut oleh seluruh ahli keluarga kerana Muhammad Fahmi tidak dapat pulang bercuti. Tetapi sambutannya juga tetap dijalankan. Alhamdulillah selesai.
6. Hari ini hari terakhir tahun hijrah 1434 H dan esok 5 November 2013 (Selasa) merupakan hari pertama tahun hijrah 1435 H. Bertemu di tahun yang baru dan meninggalkan tahun yang lepas. Doa telah dibaca sama ada do akhir tahun mahupun doa awal tahun oleh kami sekeluarga. Tetapi kali ini Saya, Isteri, Muhammad Mu'adz dan Muhammad Na'im sahaja yang ada di rumah. Muhammad Fahmi keluar ke Puncak Alam dan masih belum balik. Katanya sempat membaca doa di masjid, singgah sembahyang. Alhamdulillah. Manakala Muhammad Fuad bekerja di Sidek, Dennis & Teoh di Kuala Lumpur dan Siti Nadiah di RCMP Ipoh.
7. Ya, Allah. Sempena tahun baru hijrah 1435H ini, hambaMu berdoa dan memohon agar kehidupan kami sekeluarga diberkati & dirahmati. Sesungguhnya kehidupan ini penuh dengan cabaran dan tipu daya. Hindarkanlah kamu daripada tipu daya itu. Kami tidak mampu untuk menghadapi tipu daya musuh yang jahat dan khianat maka lindungilah kami. Tunjukilah kami jalan yang benar iaitu jalan orang-orang yang Engkau diredhai kehidupan mereka di dunia dan di akhirat. Ameen. Ameen. Ameen