Sunday, February 26, 2012

ANAK-ANAK HARTA DUNIA

As salam.

1. Setiap kehidupan di muka bumi ini dijadikan berpasang-pasangan. Al hamdulillah dengan adanya pasangan lelaki - perempuan, maka wujudnya institui perkahwinan.
2. Pada tanggal 25 Dis. 1987, selepas solat Jumaat berlaku satu peristiwa iaitu majlis akad nikah antara Md. Sabri Mohamad dengan pasangannya Raziah bt. Ishak.
3. Kini, dikurniakan dengan LIMA orang anak dan hari ini, anak-anak tersebut sudah dewasa.
4. Nak, cerita tentang anak-anak lah kali ini.
5. Sewaktu kecil, anak-anak menunggu kita untuk makan, minum, mandi, nak berjalan-jalan dan sebagainya. Tetapi, apabila anak-anak sudah mula bersekolah, Ibu Bapa sibuk menyediakan makan pakai dan peralatan sekolah. Supaya anak-anak menapat kemudahan seperti anak-anak orang lain. Alhamdulillah, anak-anak telah tamat sekolah rendah semuanya. Masa membesarkan anak-anak dari kecil sehingga tamat persekolahan di peringkat rendah tidak terasa di kala umur semakin meningkat. Fasa pertama, membesarkan anak-anak sehingga berusia enam tahun. Alhamdulillah, telah lama tamat. Fasa kedua, menyediakan anak-anak dengan alam persekolahan di peringkat rendah. Juga telah tamat.
6. Peringkat yang paling kritikal iaitu, anak-anak mula belajar di peringkat menengah rendah. Semua, anak-anak saya melalui, zaman menengah rendah dengan rentak dan nada yang berbeza-beza. Untuk pengetahuan ibu-ibu, bapa-bapa, bakal-bakal ibu dan bapa, peringkat ini yang paling kritikal kerana anak-anak sudah mula melangkah keluar dari rumah tanpa iringan ibu bapa atas dasar anak sudah besar dan pandai menjaga diri.
7. Apabila anak-anak sudah besar dan pandai menjaga diri, tanpa ibu atau bapa yang mengiringinya ke sekolah, kini tempat tersebut telah diambilalih oleh kawan-kawan. Bukan seorang tetapi ramai. Anak-anak, adakalanya terpaksa ikut cakap kawan-kawan kerana takut kena pulau. istilah itu tidak ada pada ibu bapa. Ibu bapa tidak akan memulau anak-anak yang tak ikut cakap, tapi berkecil hati sahaja.
8. Zaman remaja, zaman anak-anak mencari jati diri dan idola diri. Kata ahli psikologi. Remaja sentiasa mencari diri mereka dalam diri orang lain dan ada masanya mereka tidak menyukai diri mereka sendiri. Mereka lebih tertarik, ciri-ciri yang ada dalam diri orang lain. Nak ikut macam orang lain. Nak jadi macam orang lain. Paling menyedihkan, mereka nak family orang lain dan tak mahu family sendiri. Alhamdulillah, semua, cabaran zaman remaja telah tamat, walaupun tidak sepenuhnya.
9. Zaman remaja, anak-anak saya lalui dengan cara yang berbeza-beza, yang tua, semasa tingkatan satu dan dua, tinggal bersama nenek dan bersekolah di SMA Hishamuddin, Kg. Jawa, Kelang dan semasa berada di tingkatan tiga, baru tinggal bersama saya dan adik beradik yang lain dan bersekolah di SMK Hamzah, Machang, kelantan. Cuma dua tahun, tinggal bersama dengan nenek. Semasa bersekolah di SMK Hamzah, Machang di tingkatan empat dan lima, mula menunjukkan peningkatan dan kebolehan.
10. Anak yang kedua, bersekolah di SMK Hamzah 2, Machang. Kelantan semasa mula-mula menduduki tingkatan satu. Setelah beberapa minggu, mula mendaftar sebagai pelajar MRSM Kuala Lipis. Pahang. Tiga tahun bersekolah di MRSM Kuala Lipis, setahun di MRSM Ghafar Baba, Jasin. Melaka dan setahun di MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan. Bayangkan perjalanan hidup anak saya yang kedua ini. Hidup penuh dengan cabaran.
11. Anak yang ketiga, mendapat sentuhan Kelantan. Pada peringkat awal berminat memasuki sekolah agama. Alhamdulillah berjaya mendapat tempat. Mula mendapat peluang di temuduga di Maahad Tahfiz, Pulai Chondong, Machang. tetapi gagal mendapat tempat. Tetapi berjaya mendapat tempat di Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu. Semasa, di Maahad Muhamadi, sempat menghafal beberapa surah dari al quran kesan daripada memasuki kelas tahfiz al quran. Alhamdulillah berjaya bersekolah di sana selama tiga tahun sehingga tingkatan tiga. Memasuki tingkatan empat, anak saya mula menunjukkan perasaan kurang gembira, kerana keputusan PMR yang diperolehi tidak cemerlang dan di tempatkan di kelas yang kebelakang.  Dia mohon supaya boleh berpindah ke sekolah lain. Kebetulan mendapat tempat di SM Teknik Tanah Merah dalam jurusan pengurusan perniagaan. Mulalah dia hidup sebagai pelajar SM Teknik di Tanah Merah selama dua tahun sehingga tamat tingkatan lima.
12. Anak ke empat dan ke lima, melalui zaman persekolahan yang hampir sama iaitu bersekolah di SMKA di Naim lil banat, Kota Bharu dan di Machang, Kelantan dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Tetapi anak yang kelima terpaksa berpindah ke sekolah lain semasa di tingkatan lima iaitu SMKA Kuala Selangor kerana pada tahun itu, kami sekeluarga telah berpindah ke Selangor dari Kelantan.
13. Tahun 2102, tahun pertama, saya tidak terlibat dengan alam persekolahan anak-anak di peringkat menengah rendah atau atas. Anak-anak semuanya telah tamat pengajian di peringkat menengah tingkatan LIMA.

Sekian.

No comments: