Sunday, March 16, 2014

Indahnya Hidup Ini.

Alhamdulillah, syukur ke Hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNYa saya dapat merakam keindahan hidup ini. Hari ini, hari Jumaat 19 April 2013. Sebelum tirai malam berlabuh, suka saya coretkan di sini beberapa keindahan yang berlaku pada hari ini.

Udara pada pagi hari Jumaat memang nyaman dan segar sekali. Bangun dari tidur, suasana pagi membangkitkan aura keindahan. Dalam perjalanan ke tempat kerja suasana dingin pagi hari menyegarkan pemandangan. Tenang, aman dan damai.

Inilah keindahan dalam hidup ini, dapat menghirup udara kota yang segar dan nyaman tetapi bukan selalu. Begitu juga dengan hidup ini, bukan selalu sunyi, derita, sedih atau hiba. Ceriakan hidup dengan berita-berita gembira.

Catatan di atas adalah catatan yang tidak lengkap dan ditaip pada 13 April 2013 tetapi tidak sempat dilengkapkan ayat-ayat seterusnya. HARI ini saya mula membuka semula lembaran ini tetapi sudah tidak dapat mengingati apakah perkara sebenar yang hendak dirakamkan pada tarikh tersebut. Mohon maaf.

SAMBUNGAN tetapi ceritanya berbeza. Tapi natijahnya sama iaitu ceriakan hidup ini dengan berita-berita yang gembira.

Sewaktu saya belajar di peringkat sarjana muda dahulu di Universiti Pertanian Malaysia dalam bidang bimbingan dan kaunseling, saya telah diperkenalkan dengan beberapa teori dalam kaunseling antaranya teori realiti. Setiap daripada kita sering berduka kerana sedang menghadapi berita-berita yang kuraang mengembirakan dan seterusnya mendatangkan stress atau tekanan dalam hidup kita. Tambahan pula berita-berita itu selain daripadamenyampaikan cerita yang kecewa dan sedih serta kegagalan kita mengawal suasana juga menyumbang kepada stress dan tekanan. Kita perlu kepada terapi atau rawatan. Bahasa yang cantik ialah terapi bukan rawatan. Istilah rawatan tu bunyinya macam konvensional je. Istilah terapi lebih meruntun jiwa.

Sepanjang perjalanan hidup ini, diri kita dan orang lain mempunyai sejarah yang mengandungi berita sedih dan gembira. Berita kita berjaya mengawal keadaan dan kurang berjaya mengawal keadaan. Jadikan berita dan cerita kita mengawal keadaan dengan baik sebagai contoh yang kita pernah berjaya. Bangkitkan semangat dengan contoh yang baik dan berjaya.

No comments: