Wednesday, March 26, 2014

8 Jam

As salam.

1. Hari ini hari Rabu. Setiap hari Rabu, saya mengambil giliran mengajar di Puncak Alam. Jadual mengajar di Puncak Alam memang penuh dan padat. Bayangkan jadual mengajar saya bermula dari 8.30 pagi hingga 10.30 pagi bagi sesi pertama. Diikuti dengan sesi kedua bermula pada pukul 10.30pagi hingga 12.30 tgh. Selepas berehat selama 1jam 30 minit, saya memulakan sesi ketiga pada pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang. Itu jadual biasa tanpa ada masa tambahan. Hari ini, sabgi sesi kedua, kelas saya tamat pada pukul 1.00 ptg sebab ada masa tambahan. Jadinya, masa rehat saya hanya tinggal 1 jam sahaja. Masa 1 jam itu perlu diisi dengan sesi makan tengah hari di Kafe Rafflesia dan solat Zuhur di FSK 234. Kesemuanya perlu dilakukan sebelum jam 2 petang. Walaupun, pada peringkat awal sesi ketiga, saya terasa penat namun saya gagahi juga mengajar sambil berdiri tapi dengan bantuan mikrofon. Penggunaan mikrofon telah membantu saya dari bercakap kuat dan ianya memenatkan. Alhamdulillah, pelajar-pelajar yang hadir pada sesi sebelaah petang merupakan pelajar yang baik dan tidak banyak masalah untuk memahami lecture saya. 

2. Apabila balik ke rumah, keadaan saya yang penat telah mendapat perhatian yang baik daripada isteri saya. Beliau menawarkan untuk memberi khidmat menyediakan air panas bercampur garam bukit dan seterusnya menrendamkan kaki saya ke dalam bekas yang berisi air panas yang dicampur dengan garam bukit. Berkat khidmat isteri, saya rasa ada kelegaan. Alhamdulillah.

3. Selepas itu, saya naik ke bilik untuk berehat sambil menghadap laptop.

4. Saya telah mendapat khidmat yang baik dari isteri, semoga Allah membalas khidmat isteri saya itu dengan ganjaran yang terbaik. Insya Allah.

No comments: