Monday, April 5, 2010

Anak lelaki

Lelaki adalah pemimpin. Masyarakat zaman jahiliah di Tanah Arab begitu bangga mempunyai anak lelaki. Bangsa-bangsa lain di dunia juga bangga mempunyai anak lelaki. Bagi kerabat diraja, mempunyai anak lelaki bermakna mereka telah menyediakan pewaris takhta kepada kerajaan mereka.

Tetapi kini persoalan sering timbul dalam minda masyarakat. Anak lelaki kau ok ke!

Sebelum saya meneruskan persoalan ini, saya mulakan dengan kata-kata; anak-anak itu ibarat kain putih, maka ibu bapalah yang wajib mencorakkannya mengikut corak yang sewajarnya. Bagaimana ibu bapa nak mencorakkan anak-anak mereka kerana mereka telah menswastakan proses mencorakkan anak-anak tersebut. Sebab mereka sibuk bekerja dengan alasan untuk menjamin masa depan mereka sekeluarga. itu kata mereka.

Dalam kesibukan mencari kerja dan berkerja, ibu bapa juga menswastakan proses mencorakkan anak-anak mereka kepada kawan-kawan anak mereka. Tanpa disedari.

Ada juga ibu bapa yang mencorakkan anak lelaki mereka dengan corak yang unik kerana mereka mahu anak lelaki yang duduk diam di rumah, tak buat bising, tidak bermain di luar rumah, duduk di dalam rumah dengan membaca buku, tak buat sepah dan lain-lain lagi aktiviti yang khusus untuk anak-anak perempuan.

Anak lelaki perlu lasak, suka memanjat, main di luar rumah dan aktiviti yang dilakukan adalah aktiviti-aktiviti yang mencabar. Tetapi dunia moden hari ini menyediakan aktiviti yang tidak mencabar tenaga mereka.

Sebenarnya apa yang hendak saya sampaikan?

Semalam ada bekas pelajar yang yang menelefon memberitahu tentang kawan lelakinya. Kawan lelakinya itu mahasiswa U dan bakal menjadi guru. Kawannya itu sibuk hendak memperkenalkan pelajar tersebut dengan keluarganya termasuk emak bapak dan nenek serta atuk dia. Memanglah mereka berkawan tetapi sejak akhir-akhir ini perangai kawannya itu agak pelik kerana kawannya itu pernah berlagak tidak seperti lelaki. Dia keberatan untuk menerima kawannya itu lagi sebab berpelakuan tidak seperti lelaki.

Masalahnya kini, telah wujud ramai lelaki-lelaki di U yang berperangai tidak seperti lelaki. Kepada bakal-bakal ibu, bapa dan ibu bapa yang ada sekarang, mahukah kita mempunyai anak-anak lelaki yang tidak mempunyai kualiti seperti anak lelaki. kalaupun kita mahu, Allah s.w.t tidak membenarkannya dan kita patut sedar tentang fitrah orang-orang lelaki. Orang lelaki sifatnya kuat, hebat, tegas, dan mempunyai cirai-ciri kepimpinan.

Jika, ada anak lelaki yang telah tidak mempamerkan ciri-ciri anak lelaki, saya sebagai orang dewasa yang bakal pencen, sentiasa berharap anda kembalilah menjadi lelaki semula kerana perlakuan anda itu hanya topeng nafsu semata-mata. Anda ibarat sebuah kereta yang telah dicat dengan warna merah jambu walaupun sebenarnya kereta itu pacuan empat roda MPV. Kembalikan warna kereta itu kepada warna hitam, putih, yang sememangnya menampakkan kualiti kereta MPV yang hebat dan gagah.

Kenali diri anda dan fahami diri anda dan akhirnya sedar tentang kenapa Allah menjadikan kita umatnya di muka bumi ini. Hidup lawannya mati, tinggi lawannya rendah, gemuk lawannya kurus dan lelaki lawannya perempuan. Allah tidak zalim dan menganiaya hambanya. Al Quran ada mencatatkan bahawa orang yang zalim ialah orang yang khianat terhadap amanah yang telah diberikan oleh Allah. Apa amanah Allah kepada manusia lelaki? Jagalah sifat-sifat kelelakian anda. Kalau anda khianati amanah Allah, maka anda adalah orang yang zalim kepada diri sendiri.

Kepada ibu-ibu, fahamilah persoalan yang dikemukakan dan jadikan lah anak-anak lelaki anda anak lelaki kebanggaan keluarga dunia dan akhirat.

No comments: