Saturday, April 24, 2010

Keputusan yang terbaik

As salam, Alhamdulilah usia kita masih ada dan nafas kita masih menghirup udara pagi yang bersih dan nyaman.

Segala peristiwa yang berlaku semalam menjadi sejarah. Peristiwa yang bakal berlaku sebentar lagi hanya Allah yang mengetahui. Semoga semua perkara yang berlaku di dalam hidup kita mendapat rahmat dan keberkatan daripada empunyanya iaitu Allah s.w.t

Pagi 25 April 2010, dinanti oleh ramai pihak yang berminat, pertama ialah orang-orang politik. Tanggal 25 April 2010 ialah pilihanraya Parlimen Hulu Selangor. Tetapi buka peristiwa ini yang dinantikan oleh kami sekeluarga. Saya, isteri saya dan anak saya, Muhammad Na'im menanti hari ini kerana pada hari ini keputusan pemilihan untuk menghadiri temuduga bagi bakal-bakal calon guru akan diumumkan. Bakal calon-calon guru ini akan menjalani Program Ijazah Pendidikan Sarjana Muda Lepasan SPM 2009.

Apa keputusannya?

Maaf, permohonan anda tidak berjaya.
itu jawapan yang diberikan.

Apa hikmah kepada jawapan yang sedemikian.
Allah jua yang mengetahui.

Itu keputusan hari ini.
Tetapi dua hari yang lalu, Muhammad Na'im mendapat panggilan temuduga di MIAT, UniKL.
Tarikh temuduganya pada 28 April 2010. Adakah itu destinasinya Muhammad Na'im. Allah jua yang mengetahui.

Setakat ini, dua permohonan Muhammad Na'im diumumkan tidak berjaya, pertama, program separa perubatan di bawah Kementerian Kesihatan dan yang kedua, program yang diumumkan hari ini juga tidak berjaya. (2 GAGAL dipanggil temuduga)

MIAT UniKL (1 BERJAYA dipanggil temuduga). Ini program kejuruteraan mengenai kapalterbang dan helikopter. Hebat tu.

Bagaimana dengan program di Instep, Kuala Terengganu dan Program Diploma di UiTM. (2 MASIH BELUM diumumkan, satu ada temuduga dan satu tidak ada temuduga dan jika dapat akan diumumkan sahaja.)

Maka, tarikh seterusnya ialah 29 April 2010. Tarikh keputusan panggilan temuduga di Instep akan diumumkan. Ini program kejuruteraan di bawah PETRONAS.

Tarikh seterusnya ialah awal bulan MEI 2010 iaitu pengumuman mengenai panggilan untuk program Diploma ke universiti-universiti tempatan diumumkan. Muhammad Na'im hanya memohon ke UiTM saja sebagai pelihan pertama hingga ketiga.

Prinsip saya sekeluarga, kita hanya berusaha dan memohon TETAPI Allah s.w.t yang menentukan hala tujunya. Kita mohon sebanyak mungkin sebab kita tak tahu mana yang sesuai untuk diri kita. Walaupun kita rasa kita tahu tentang kebolehan diri kita hari ini dan sebelumnya. Tetapi untuk hari esok dan seterusnya kita serahkan kepada Allah.s.w.t.

InsyaAllah, segala usaha dan doa kita kan dimakbulkan oleh Allah s.w.t.
Apa yang Allah beri kepada kita, itulah yang terbaik untuk kita.
Amin.

No comments: