Thursday, March 25, 2010

Terima kasih cikgu

alhamdulillah,

dalam usia yang menjangkau separuh abad, pengorbanan cikgu-cikgu yang mengajar dulu tetap dalam kenangan. satu pesan cikgu sewaktu berada di bangku sekolah rendah yang masih diingati sekarang ialah jangan lupa tegur cikgu kalau jumpa cikgu nanti sebab cikgu tak akan tegur kamu. pada masa itu cikgu dah tak ingat kamu lagi.

yang muda belajar mengenai kehidupan dari orang yang lebih dewasa. orang yang lebih dewasa perlu memberi ruang dan masa yntuk menegur dan menunjuk ajar orang muda.

pagi tadi semasa mengajar kursus soc 128, diperhatikan siswa-siswinya tak berminat dan seolaah-olah seperti pelajar sekolah rendah yang baru masuk kelas pada pagi hari dan sedang menunggu arahan daripada guru. apa yang diterangkan dalam minggu-minggu yang lalu tidak dapat diingati dan boleh kata belum belajar lagi. mereka seolah-olah seronok datang kuliah dan hanya seronok sebab dapat berkumpul dan berjumpa dengan kawan-kawan.

sebagai pensyarah, siswa dan siswi selalu diingatkan supaya menjadi pelajar yang baik. masalahnya mereka tidak tahu meninterpretasikan perkataan baik itu. mereka seolah-olah merujuk perkataan baik itu kepada tingkahlaku sahaja. walaupun perkataan itu harus diterjemahkan mengikut peringkat umur dan tahap pendidikan mereka.

bagi pelajar uitm, perkataan baik itu merujuk kepada perlakuan, ssikap, komitmen dalam bilik kuliah, bersedia untuk menghadiri kuliah, bersedia menerima pengajaran pensyarah dan lain-lain lagi. kepada seorang pelajar yang duduk di depan, disampaikan cerita iaitu guru-guru sanggup bersusah payah untuk menyediakan bahan pengajaran tetapi pelajar yang menerima pengajaran ambil sikap tak kisah sahaja dan yang sedihnya tidak menghargainya. disampaikan cerita bahawa kepuasan seseorang guru ialah apabila pelajarnya mendapat markah yang tinggi dalam sebarang kuiz, ujian atau tugasan. malangnya pelajar-pelajar yang datang ke uitm seolah-olah membuka sikap dan langkah yang sama semasa mereka belajar di sekolah menengah dahulu. mereka tak sedar bahawa kemasukan mereka ke uitm adalah pengambilan sesi disember. ramai pensyarah kata pelajar-pelajar sesi disember mempunyai pencapaian yang sederhana dan rendah.

sepatutnya, mereka membuktikan kepada ibu bapa mereka bahawa mereka telah berubah dan akan terus berubah ke arah masa depan yang lebih gemilang, cemerlang dan terbilang. walaupun ungkapan ini dah lama tidak diulang.

kepada anak-anak, pelajar-pelajar, siswa dan siswi, tunjukkan komitmen anda dalam semua bidang yang anda lakukaan. ceriakan hati ibi bapa dan guru. mereka tidak minta wang ringgit untuk gembirakan hati mereka. mereka hanya mahukan anda mencapai kejayaan dan menggarap kemerdekaan apabila anda dewasa nanti.

Ibu,
Ayah,
Guru-guru

Ku dengar suaramu di malam yang dingin ini,
ku mohon ampun dan ku izin agar jika aku berjaya nanti kau doakan semoga kalian dalam kenanganku

Aku gembira
Di kala ini, aku telah mencapai kecemerlangan dan kejayaan dalam hidup

Tetapi aku seperti kalian, sentiasa berada dalam keadaan kerisauan sebab aku juga mempunyai zuriat seperti kalian.

Setiap detik hati seorang ibu, ayah dan guru sentiasa berfikir tentang gerak tari laku anak-anak didik mereka. baikkah, elokkah, ceriakah, pandaikah, bersopakkah, dan kah-kah yang lain.

Kini aku pasrah dan berdoa kepada Tuhan
selamatkan anak-anak ku kerena akau sudah tidak mampu mengawalnya sepanjang masa. kini duduk , tidur, manja anak-anak sudah tidak boleh disukat dan di ukur. semuanya terpulang kepada mereka.

Masa kcil kita melatih mereka dan di rumah adalah pusat latihan. tetapi kini mereka telah dewasa, gelanggang kehidupan yang lebih luas telah tersedia untuk mereka. semoga latihan yang diberikan menjadi ingatan dan panduan kepada mereka.

anak-anak, sayangilah ibu dan bapa anda. buka sebab mereka melahirkan anda dan menjaga anda semasa kecil tetapi sayangilah mereka kerana itu amanah Allah yang perlu anda tunaikan semasa hayat mereka masih ada.

No comments: