Saturday, January 21, 2012

Hari Cuti dan Hujan

As salam.

1. Minggu ini hujan turun tidak menentu, tetapi rancangan berjalan dengan lancar.
2. Hujung minggu merupakan hari cuti dan diikuti dengan cuti sempena Tahun Baru Cina - Tahun Naga
3. Semua anak-anak lelaki ada di rumah. Anak perempuan masih di KMKN Kedah.
4. Nadiah mengikuti program maktab dengan jayanya tetapi kelalaian yang sedikit menyebabkan kesihatannya terganggu, tidurnya tidak lena dan menyebabkan dia terpaksa pergi ke hospital dua kali dalam tempoh dua hari di dua hospital yang berlainan.
5. Harap-harap dia akan pulih seperti biasa. Anak abah memang seorang yang kuat semangat dan tabah menghadapi dugaan. Abah doakan Nadiah sihat dan sihat.
6. Semalam, saya menghadiri majlis pertunangan anak lelaki Pak Uda Ablun b. Abd. Rahman, Bukan majlis itu yang menjadi topik tetapi kehadiran adik beradik sebelah amat yang menarik minat. Sebenarnya sukar untuk melihat adik beradik sebelah abah untuk berkumpul dan meraikan sesuatu. Jarang-jarang dapat bertemu walaupun di hari raya.
7. Akhirnya banyak cerita dan sejarah yang tidak terungkai. Semalam baru terungkai. Atok Aki Deraman (Nama panggilan kepada bapa Abah, tok Sharif) mempunyai tiga orang isteri. Isteri pertama mempunyai dua orang anak (Pak Long Majid dan Pak Ngah Baharom - kedua-duanya sudah meninggal). Isteri kedua, tidak dikurniakan anak. Isteri ketiga - Che Nya mempunyai dua belas orang anak. Nama penuh tak ingat, nama panggilannya ingatlah.
  1. Mohamad @ Sharif b. Ab. Rahman (Abah, anak sulong)
  2. Ngah Bibah (Arwah)
  3. Alang Pah ( tinggal di Melaka)
  4. Acim (tinggal di Perak)
  5. Pah ( tinggal di Bentong, Pahang)
  6. Hashim (Arwah)
  7. Pak Anjang (Nama - Baharom) (Tinggal di Cheras)
  8. Che Man (Pesara Polis - Tinggal di Port Dikson)
  9. Pak Uda (Ablun - Tinggal di Cheras)
  10. Che Dah (Andik - Tinggal di Cheras)
  11. Muslim (Pakcik - Tinggal di Bukit Beruntung)
  12. Busu Biah (Tinggal di Kg. Lubuk Redan, Kuala Sungai Baru. Melaka - Kampung laman le tu)
8. Antara agenda yang dibincangkan pada masa sesi minum selepas majlis pertunangan tamat ialah reunion. Satu cadangan yang baik dan bagus. Semoga menjadi kenyataan.
9. Walaupun hujan tetapi cuti hujung minggu ini penuh bermakna.

No comments: