Alhamdulillah, syukur keHadrat Allah di atas rahmatNya kepada kita semua.
1. Saya bersyukur kepada Allah di atas limpah rahmatnya kepada saya sekeluarga terutama kepada anak-anak yang mendapat keputusan bagi penentu hidup mereka. Siti Nadiah, menelefon saya dan umminya mengkhabar berita gembira yang diperolehinya pada petang hari Jumaat 13 April 2013. Nadiah mendapat keputusan peperiksaan akhir bagi tahun pertama MBBS di Royal College Medical Perak, Ipoh. Keputusan peperiksaan itu hanya menyatakan LULUS / GAGAL. Keputusan penuh peperiksaan itu akan diketahui pada bulan MEI 2013. Siti Nadiah telah LULUS peperiksaan tahun pertama MBBS di RCMP.
2. Muhammad Fuad, pada hari Jumaat 13 April 2013 telah pergi menghadiri temuduga untuk menjadi Chambering Student selepas tamat pengajian pada bulan Jun 2013 nanti. Pada pukul 11.00pagi, Muhammad Fuad menghadiri temuduga di firma Sidek, Teoh, & Dennis di Menara TH, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Sebelah petang selepas selesai Solat Jumaat, Muhammad Fuad menghadiri temuduga bagi jawatan yang sama di Kwong & Hwong, Bangsar. Kuala Lumpur. Keputusan rasmi tidak dimaklumkan lagi tetapi kedua-dua firma itu ingin jawatan Chambering Student itu dilakukan pada bulan Ogos 2013 nanti iaitu selepas menyambut Hari Raya idil Fitri. Jawatan Chambering Student itu merupakan jawatan bagi pelajar-pelajar ijazah undang-undang menjalani latihan undang-undang sebelum memasuki jawatan tetap. Tempoh masa menjadi Chambering Student ialah selama setahun.
3. Muhammad Na'im pula secara umumnya telah menamatkan pengajian semester enam di peringkat diploma. Ini bermakna setelah tamat peperiksaan pada hari Rabu lalu (11 April 2013) bagi Program Diploma Perniagaan (Pengangkutan) secara umumnya selesai sudah pengajian di peringkat diploma. Tetapi, keputusan peperiksaan yang lalu, Muhammad Na'im telah terpaksa mengulang satu kursus dan dia mengambil keputusan untuk menduduki peperiksaan itu dalam intersesi yang akan pada 22 April 2013 nanti. Semoga Muhammad Na'im berjaya dengan cemerlang.
4. Muhammad Fahmi pula akan menduduki peperiksaan pada 22 April 2013 hingga 29 April 2013 diperingkat Matrikulasi di Matrikulasi Melaka. Semoga Muhammad Fahmi berjaya dengan cemerlang. Amin.
5. Muhammad Mu'adz telah disenaraikan sebagai lulusan Sarjana Muda Sains Teknologi Polimer dalam konvo UiTM yang akan datang pada 15 Mei 2013 di Dewan Agung Tunku Canselor. Selamat berkonvo.
No comments:
Post a Comment